#99 Altogether. :)
Semalam. (12/05/2012)
Aku and encik boypreng pegi tgk wayang dkt MBO, Space U8. Saje saje nak try tgk wayang dkt cni, sbb dah bosan asek tgk dkt Curve je. Tapi mak aihh bosan gila kat sane. Sebab Space U8 tu tmpt baru lagi, so banyak kedai takde, kosong je. *teringat plak lagu Najwa Latiff - Kosong.haha*. So kitorang decide nak tgk wayang je then abis tgk nak chow dari situ. Sepanjang tgk cerita The Avengers yg untuk 2nd time tu, perot masing2 bunyik, sebab masing2 tak makan lagi. Tapi tahan je demi cerita The Avengers.hehe
*slurrppp slurrrpp aku tengok badan Captain America :D oh Thor jugak! Sebab dia hensem.haha
Then afta abis tengok wayang, cepat2 keluar dr situ sebab plan nak makan dkt luar dari situ. So kitorang pon cari tempat makan area TTDI tu jugak, so terjumpa lah satu restoran ni, nampak mcm best je. Aku pon ape lagi ajak lah encik boypreng makan situ. Nama restaurant tu Big Food. Dengar nama pon dah tau mmg boleh penuhi selera kitorang yang tengah lapar sgt time tu.hehe buktinya? tengoklah gambar2 ni.
Grilled Lamb Chop (encik boyprengg punye)
Fish n Chip (mine.hehe)
muka happy dapat makan :D
bajet mat bunga. haha
Oh yea, ni air yg kitorang order Float Rut Beer (eh btol ke aku eja ni?) haha
Gelas dia mak aihh besar gedabaq, mcm dia bg jag je. Nasib bek order air 1 je.huhu
Sabtu (05/05/2012)
Hari yang ditunggu2 sebab kitorang dah plan nak pegi Sunway Lagoon dah lama dah. Then bile saatnya tibe mmg excited leww cite dia kan. Dan yang paling bestnye, kitorang pegi ni sekali dengan sambut anniversary kitorang yang pertama. ^_^ hihi. Oh actually date anniversary kitorang 04/05/2012 tapi disebabkan encik boyprengg keje, so terpakse sambut keesokkannya. :)
Muka masing2 sunburn, paling kesian dia la sbb makin gelap. ekeke :D
Then lepas mandi sakan dr pagi sampai lah pukul 6 ptg, confirm perot lapar kan. So seperti yang dirancang sebelum ni, kitorang memang nak sambut anniversary kitorang dkt restaurant Fullhouse. Alhamdulillah rancangan kitorang tu tercapai jugak akhirnya. Rasa bersyukur sebab impian nak sambut anniversary dekat situ tercapai. :)
Sebelum ape2, jd duta restaurant tu dulu :D
Ha ni ape ntah nama dia, tapi sumpah sedap. Ni encik boyprengg punya, dia selalu pandai pilih.huhu
Okay yg ni plak makanan aku, Lamb shank ape ntah. Sedap tu sedap, tp a bit masin.huhu
Ni plak Cup Cake Chic. Marvelous seh! Red Velvet + Black Forest
Red Velvet is my fav ever! huhu
Red Velvet is my fav ever! huhu
Saje2 beli cup cake ni ala2 nak tiup sama2 lah kan. hehe.
Isnin (30/04/2012)
Oh time ni aku ikut encik boyprengg dgn kwn2 dia pegi Genting Highlands. Syok ohh, pagi2 dah gerak naik bus dr OU, then naik cable car, pastu main mcm2 game kat sane. Sumpah best, kawan dia pon semua sporting. Aku bgn awal2 pagi sebab nak masak bihun goreng utk dimakan kat sane, maklum lah makanan kat sane kan mahal cekik darah bagai. Tapi nasib baik lah situ boleh bwk makanan, kalau dekat Sunway Lagoon, tak boleh oh. Paling best dapat main boat bumper, fun gilaa. Aku dgn Yun lah suke main bnde tu, yg encik boyprengg, Fami and Capik suke main solegho. Dalam bahasa btolnya ialah Solero.haha
Just dekat Genting ni pekerja dia tak peramah lgsung, muka masam, pastu ade yg siap marah2 lg. Tak patot btol -.- Kalau pekerja dekat Sunway Lagoon peramah2, kire berpuas hati la dgn layanan diorang.huhu :)
Kaki Fami pon nak enter frame gak. haha
Today (13/05/2012)
Hmm agak2 hari ni ade pape ke eah? Haha! mestilah ade! Hari ni hari ibu laa. So, Selamat Hari Ibu saya ucapkan dekat mama saya yang saya sayang sangat2, mama adalah segala2nya. Semoga impian aku nak buat mama happy and nak balas jasa mama aku selama ni, tercapai. Amin. Aku berdoa semoga Allah panjangkan umur mama, murahkan rezeki mama, dan semoga mama sihat sentiasa. :) I love you mama!
Haha masa ni zaman dulu2 :D
*Hamikk kau berjela jela teros post aku kali ni.haha
p/s Mr Boyfriend : Thank you so much bie, I LOVE YOU!
#98 Dulunya rapat, kini tidak lagi...
Aku dgn M berkawan since form 1 lg, kitorang sgt rapat. Dekat sekolah kalau ke mane pon mesti berdua, pegi sekolah sama2, dlm class pon duduk sebelah2. Suka dan duka kitorang kongsi bersama. Segala rahsia kami share. Senang cerita aku dgn M memang rapat dan berkawan baik. Family masing2 pon dah tau yang kami berkawan baik.
Sehinggalah selepas habis SPM, aku menyambung pelajaran di UiTM, sedangkan dia teros memohon pekerjaan oleh kerana sbb2 tertentu, dan bukanlah sbb M taknak sambung pelajaran. Selama 3 tahun aku belajar, aku jarang ade di rumah memandangkan aku full time student. Kalau aku blk time weekend pon, bukan selalu dapat jumpa dia, sebab kebanyakan masa dihabiskan dekat rumah.
Jadi hubungan kami makin lama makin kurang rapat. Masing2 ada kawan yg baru. Aku faham situasi camtu, tapi dengan seikhlas hati aku sgt2 sygkan persahabatan kami. Sangat sayang. Bagi aku dia lah kawan terbaik yg pernah aku jumpa. Sebab dia bukan ada bile aku tgh senang and suka je, dia tetap ada dengan aku bile aku susah atau tengah bersedih. Sekarang ni bukan senang nak cari kawan yg macam ni.
Walaupun dekat tempat belajar mcm2 kawan yang aku dah jumpa, tapi still aku tak lupakan dia. Aku dah anggap dia kawan dunia dan akhirat aku. Mungkin ayat aku ni agak klise, tapi tu lah yang datang dr hati aku.
Bile dah berjaya habiskan semesterku yang terakhir, iaitu semester 6, aku rase sedih dan happy. Sedih sebab aku mungkin dah takkan jumpa kawan2 se-universiti dgn aku, dan yg paling penting housemates aku. Aku akan rindukan diorang, kenangan dengan diorang mmg aku takkan lupa. Happy plak sbb akhirnya dgn izin Allah, aku berjaya habiskan Diploma aku selama 3 tahun, dan aku tak sabar nak bekerja, ade duit sendiri, and secara tak langsung aku boleh spend time selalu dgn M, dalam erti kata lain merapatkan balik persahabatan kami.
Tapi...
Mungkin aku sorang yang rase teruja untuk semua tu, tp M tak rasa mcm tu. Sejujurnya aku agak berkecil hati dengan layanan M, seolah-olah ade gap antara kami. Lagi2 bila aku sambung belajar, dia dah mula rapat dgn E. Maklumlah, kedua2nya bekerja dan berduit. Tak macam aku, kerja pon blom, duit pon mengharapkan ihsan mak aku je. Siapalah aku bagi dia, mungkin aku je yg anggap dia bff aku, tapi dia langsung tak pikir cmtu. Yela E selalu ade dgn dia, dorang boleh shopping sama, double date sama2 sebab bf masing2 pon sebaya dan kenal, semuanya dah sempurna dlm persahabatan dorang. Sedangkan aku, aku dah jauh ketinggalan daripada dorang :'(
Persoalannya perlu ke lupakan persahabatan yang dah lama terjalin hanya kerana masing2 jauh? Salah aku ke sebab sambung belajar? Aku tak pernah lupa dia walaupun ramai kenalan baru yang aku kenal. Sejujurnya aku sangat berkecil hati dengan M sebab layanan dia terhadap aku jauh beza dgn layanan dia terhadap E. Aku ingatkan lepas aku dah habis belaja ni bolehla hubungan aku dengan M kembali rapat, tapi aku silap.
Agaknya memang dah ditakdirkan Tuhan yang hubungan kami takkan rapat mcm dulu, aku akan berpindah rumah tak lama lagi. Rumah baru aku tu plak mmg jauh dr rumah dia. Jadi memang akan lagi jarang la kitorang jumpa nnt. Kalau masa tengah dekat ni pon, dia dah layan aku camtu, apatah lg bile dah jauh nnt. Aku tersangat2 sedih dengan situasi yg sekarang, sampaikan aku jd murung seharian and nangis dengan semua ni.
Hmm kepada M, terima kasih untuk semuanya. Aku mmg takkan lupakan friendship kita. Sampai bila bila. Kalau kau dah tak happy kawan dgn aku, ape lg yg aku boleh cakap. Aku pon tengok kau happy je kawan dgn E, dia pon sekepala dgn kau. Sorry kalau aku ada buat kau terguris hati dengan aku selama kita kenal. Terima kasih jugak sebab pernah jadi kawan rapat aku dulu. Aku akan sentiasa doakan kau bahagia. Kalau kau dah nak tunang or kawin nnt, jemputlah aku kalau sudi. :)
#cara penulisan aku dah mcm ala-ala novel. sebab asyik baca novel je skrg. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)










