#91 GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!

Product Miracle Tab

Assalammualaikum.
Hai kekawan semua, entry ni khas untuk Cik Irine Nadia yang comel lagi famous tu, memandangkan baru je kejap tadi dia buat contest yang tak berapa nak contest katanya. Takpelah, janji boleh join kan? ;)

Okay seperti yang Cik Irine kita terangkan syarat2 contest di blog beliau, di sini saya nak terangkan secara ringkas kenapa saya nak sangat product Miracle Tab seperti gambar di atas kerana terlebih dahulu saya baca semua penerangan Cik Irine tentang setiap product tersebut iaitu Tab Ex, Tab Soap dan HD Glow Essence dengan sangat terperinci. Kebaikan atau manfaat setiap product tersebut semuanya sangat meyakinkan saya dan apa yang membuatkan saya bertambah yakin bila saya tengok contoh contoh testimoni pengguna yang dah menggunakan product tersebut. Boleh click dekat setiap nama product tersebut untuk mengetahui kebaikan setiap product. :) Disebabkan muka saya memang bermasalah sejak zaman sekolah lagi, iaitu kulit berminyak dan berjerawat, saya rasa ini permulaan yang baik untuk saya mendapatkan kulit bersih, putih dan gebu macam Cik Irine tu. hehe So, sangat berterima kasih kepada Cik Irine kerana memperkenalkan product ini kepada semua. InsyaAllah jika usaha itu ada, product ini akan berkesan pada kulit saya.


Sekian Terima Kasih. :)


p/s : Kepada sesiapa yang berminat nak join contest beliau, bolehlah click dekat nama beliau di intro ;)

#90 Penat tapi Best! :)

Assalammualaikum.

Hai. Nak cerita cket pasal semalam. Semalam, 19.11.11 adalah hari di manaaaa....

JENG JENG JENG

Ala tak suspen pon, yetak? :D Semalam pukul 6 pagi lagi aku siap2 untuk test MUET. Maklumlah test start pukul 8 pagi, so aku kene bersiap sedia dengan lebih awal.

Eh macam tipu je bangun awal macam tu? hikhikhik. Memang pon! :D aku bangun 6.40 pagi, tu pon still malas2 lagi dekat katil, macam ade magnet je dekat katil tu. hee. Tapi aku siap memang btol tepat2 time MrRabun sampai dekat rumah nak jemput aku. Kire okaylah tu kan? kuikuikui

Ha habis je drpd test MUET tu, kitorang teros gerak pegi The Curve sebab aku nak cari baju baru, *MENTANG MENTANG DAH DAPAT DUIT KAN.
Pastu singgah makan dekat The Manhattan Fish Market. For the 1st time aku nak try makan dekat situ, si MrRabun dah pernah makan, dia lah beria-ia ajak aku makan dekat situ, katanya sedap laa, puas hati laa, banyak laa. Haa yang banyak tu aku nak dengar sebenarnya, yela kalau cket, mana cukup. Aku dah la lapar gila time tu :D #AyatCover
Pastu kitorang pon pegi lah makan dekat situ, sementara tunggu waiter dekat situ serve makanan, aku macam tak berapa yakin sangat ntah sedap ke tak sedap, mne tau lidah dia je rase sedap, lidah aku lain plak rase. yetak? so riak wajah aku belum happy lagi. hikhikhik Tapi lepas dah tengok waiter tu bakar udang depan mata aku, terliur teros aku!
Alaaa tapi sayangnyaa kitorang takde snap pic langsung dekat situ, maklumlah masing2 tengah menikmati kesedapan dan kelazatan makanan, so bende lain dah tak pikir. :D Tapi aku boleh je tunjukkan makanan ape yang kitorang makan semalam. Nak tengok tak? Tapi sila tahan nafsu ye. hikhikhik



Kitorang makan yang Small Flame tu. Yang Manhattan Flaming prawn tu, lain kali plak.hehe Tapi yang kitorang mkn tu pon, Ya Allah sedap sangat2! Sedap tak terhingga lah aku rase. Ni semua pengaruh MrRabun leww ni. Grr. Takpela janji sedap. Ruginya sape yang tak suka makan tu, jadilah macam sy yang suke makan ni. hee Lepas ni kalau time bday aku, dapat makan dekat situ pon dah okay taw MrRabun.hehe Haa amik, sape suro ajak i makan situ semalam, kan i dah suke. :D

Bagi sesapa yang masih blur, macam mane rupa restaurant The Manhattan Fish Market tu,

TADAAAA


Err sebenarnya ramai je dah tau, aku je ketinggalan sikit. -_-


Ha lepas tu kitorang rushing balik sebab dalam kul 5 cmtu, nak kene pegi Istana Budaya dengan mama MrRabun, aunty nak tengok teater Badai Semalam. Aku pon kemain excited, sebab dapat tengok artis depan2. Memang syok sangat, duration teater tu dalam 3jam lah jugak. Yang bestnye, pelakon dia best best! Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Faizruz, Emelda Rosmila, Jasmin Hamid, dan ramai lah lagi.


Ni antara gambar yang sempat di-snap. Tak bawak camera la :( So snap gune camera phone je.










Ha tu jela gambar yg sempat di-snap. Aku sampai rumah semalam pon hampir pukul 2 pagi. Seharian suntuk lah aku kua semalam. Penat tu tak payah cakaplah, sangat penat. Bangun awal pagi sampai ke malam kan, mau tak penat. Tapi sangat2 best lah, ade experience baru aku dapat. First, makan dekat tempat baru, second tengok teater. Patotlah ramai tengok teater, best jugak sebenarnya. :)

okaylah, buibui!

#89 INI KISAH BENAR

Pada hari Rabu yang lepas aku pegi Taman Bukit Cerakah dengan kekasih hati ku Mr. Idzham yang kacak lagi hensem (i really mean it). Sebelum pegi Taman Bukit Cerakah tu aku dgn dia pegi lepak makan dulu kt Seksyen 2. Faham2 je la aku kan mesti asyik lapar je nak makan. Mane perut x buncit camni.huahuahua (tah pape kutuk diri sendiri). Lepas tu aku pun makan ABC special siap ada coklat lagi dkat ABC tu. nyum2! Mmg aku habiskan sorang la citer dia. Kang bagi kt Mr. Idzham x cukup plak aku makan nt.hihi

Setibanye kitorg dkat Taman tu kitorg pun dgn pantas menyewa basikal kt situ sbb nk bersiar-siar sambil naik basikal. Sambil2 tu bole jugak kuarkan peluh dan bole menghilangkan perut aku yg buncit ni.hehe Okay bermula la kitorg berbasikal dkat taman tu then sampai la dekat bukit yg pertama. Mule2 aku bawak basikal laju je tp bile sampai je bukit Masyaallah x larat dooo. Tercungap aku nk kayuh basikal ni. Yela mane larat nk naik bukit dengan aku lagi berat.haishh Akhirnye aku suh Mr. Idzham jalan sambil tolak basikal dgn aku sama2.

Kemudian bile sampai je kt turun bukit, aku la orang yang paling gembira. Dengan pantas aku naik basikal dan dengan pantas basikal tu turun bukit sampai Mr. Idzham pun x mampu nk kejar sbb aku lagi laju turun bukit dari dia. Nape aku lagi pantas? Faham2 jela nape ye.hihihi Tapi setengah jam je aku da keletihan gila2. Rasa2 memang aku da x mampu nk beriadah lagi kot memandangkan berat badan meningkat.

Lepas da abis beriadah dia pun anta aku pulang. Aku semangat nk balik sebab nk timbang berat aku mane la tau berat aku da turun ke kan.hihi  Aku pun amik penimbang berat aku dengan penuh ghairah dan...


JENG JENG JENG


Ops, rupenye berat aku still x turun. Waaaaa, stressnyeeee. Nampaknye kene la aku berusaha keras lagi mcm ni. Letih laaaaa. Pasni terpaksa la aku beli Herbalife baru la nampak hasilnye nt.hehe..  So sampai sini jela aku nak citer ye. Harap korang enjoy dgn ape aku citer ni. Tataaaaa


P/S : Tembam2 pun aku ni comel tahu   :D