#90 Penat tapi Best! :)

Assalammualaikum.

Hai. Nak cerita cket pasal semalam. Semalam, 19.11.11 adalah hari di manaaaa....

JENG JENG JENG

Ala tak suspen pon, yetak? :D Semalam pukul 6 pagi lagi aku siap2 untuk test MUET. Maklumlah test start pukul 8 pagi, so aku kene bersiap sedia dengan lebih awal.

Eh macam tipu je bangun awal macam tu? hikhikhik. Memang pon! :D aku bangun 6.40 pagi, tu pon still malas2 lagi dekat katil, macam ade magnet je dekat katil tu. hee. Tapi aku siap memang btol tepat2 time MrRabun sampai dekat rumah nak jemput aku. Kire okaylah tu kan? kuikuikui

Ha habis je drpd test MUET tu, kitorang teros gerak pegi The Curve sebab aku nak cari baju baru, *MENTANG MENTANG DAH DAPAT DUIT KAN.
Pastu singgah makan dekat The Manhattan Fish Market. For the 1st time aku nak try makan dekat situ, si MrRabun dah pernah makan, dia lah beria-ia ajak aku makan dekat situ, katanya sedap laa, puas hati laa, banyak laa. Haa yang banyak tu aku nak dengar sebenarnya, yela kalau cket, mana cukup. Aku dah la lapar gila time tu :D #AyatCover
Pastu kitorang pon pegi lah makan dekat situ, sementara tunggu waiter dekat situ serve makanan, aku macam tak berapa yakin sangat ntah sedap ke tak sedap, mne tau lidah dia je rase sedap, lidah aku lain plak rase. yetak? so riak wajah aku belum happy lagi. hikhikhik Tapi lepas dah tengok waiter tu bakar udang depan mata aku, terliur teros aku!
Alaaa tapi sayangnyaa kitorang takde snap pic langsung dekat situ, maklumlah masing2 tengah menikmati kesedapan dan kelazatan makanan, so bende lain dah tak pikir. :D Tapi aku boleh je tunjukkan makanan ape yang kitorang makan semalam. Nak tengok tak? Tapi sila tahan nafsu ye. hikhikhik



Kitorang makan yang Small Flame tu. Yang Manhattan Flaming prawn tu, lain kali plak.hehe Tapi yang kitorang mkn tu pon, Ya Allah sedap sangat2! Sedap tak terhingga lah aku rase. Ni semua pengaruh MrRabun leww ni. Grr. Takpela janji sedap. Ruginya sape yang tak suka makan tu, jadilah macam sy yang suke makan ni. hee Lepas ni kalau time bday aku, dapat makan dekat situ pon dah okay taw MrRabun.hehe Haa amik, sape suro ajak i makan situ semalam, kan i dah suke. :D

Bagi sesapa yang masih blur, macam mane rupa restaurant The Manhattan Fish Market tu,

TADAAAA


Err sebenarnya ramai je dah tau, aku je ketinggalan sikit. -_-


Ha lepas tu kitorang rushing balik sebab dalam kul 5 cmtu, nak kene pegi Istana Budaya dengan mama MrRabun, aunty nak tengok teater Badai Semalam. Aku pon kemain excited, sebab dapat tengok artis depan2. Memang syok sangat, duration teater tu dalam 3jam lah jugak. Yang bestnye, pelakon dia best best! Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Faizruz, Emelda Rosmila, Jasmin Hamid, dan ramai lah lagi.


Ni antara gambar yang sempat di-snap. Tak bawak camera la :( So snap gune camera phone je.










Ha tu jela gambar yg sempat di-snap. Aku sampai rumah semalam pon hampir pukul 2 pagi. Seharian suntuk lah aku kua semalam. Penat tu tak payah cakaplah, sangat penat. Bangun awal pagi sampai ke malam kan, mau tak penat. Tapi sangat2 best lah, ade experience baru aku dapat. First, makan dekat tempat baru, second tengok teater. Patotlah ramai tengok teater, best jugak sebenarnya. :)

okaylah, buibui!

1 comment:

Zul Idzham said...

ada typo di atas. sila cari sendiri.haha btw sy x dpt tgkap dgn artis :(