#83 wanginyeee wanginyeee

post kali ni aku malas nak taip panjang panjang
*tu dah taip 'panjang panjang'
haha mcm bongok.
tak paham? takpela, abaikan :D

aku cuma nak tunjuk dekat korang
perfume yang aku nak sangat sangat
SANGAT
sebab aku admire gila bau dia
semerbak okay
bile pakai rasa macam...
"Oh wanginye aku, wanginyeee wanginyee!"
aku tau pasal perfume ni
sebab kawan aku pakai

pagi pagi nak pegi class semerbak baii satu rumah
kenape aku tak wangi mcm tu? heh


*kau ckp taknak taip panjang panjang? -.-



Oh ye ye, baikkkk
ni lah perfume yg aku maksudkan





kenal kan sape artis Hollywood yg meletop lagi byk kontroversi ni
tapi dia kaya sehh
pewaris harta harta Hilton which is atuk moyang dia dulu


yang ni lotion sekali set dgn perfume tu
pon bau mcm semerbak
haihh bile boleh dpt ni?


p/s : sape yang meminang aku bawak hantaran perfume Paris Hilton - Heiress ni, aku terima teros! heh

#82 aku ade lemak, kau ade?

baru baru ni aku pegi Bizzy Body, tau tak tempat ape tu?
alaa tempat orang2 kaya nak buang lemak. *bajet nak cakap diri sendiri kaya -.-
disebabkan cuti mid term seminggu ni aku tersangatlah bosan,
jadi aku memBIZZYkan diri
dengan memBIZZYkan body aku pegi slimming centre ni.



wah banyaknye duit kau Sha pegi tempat macam ni!


Nanti dulu cik joyah, cik tipah, cik bedah, cik asalehe. Aku tak abis cite lagi ni.
Aku pegi situ pon sebab aku dapat trial FREE
diulangi, FREE ye
kalau tak haram aku nak pegi, cekau mane pulak nak cari duit kan
kawan aku yg bekerja di situ yg ajak aku dtg cuba trial tu
aku pon ape lagi, bende2 free ni tak elok kita membazir :D

ape aku buat dekat sane? hmm

ini


dan ini

oh damn takde gamba pulok.
hmm aku kene masuk dalam hot blanket tu. amende ntah.
ha tu jela.

Tapi aku tak suke la cara org yg keje dkt situ tu nak grab customer
Dia push aku gila2 suro amik pakej yg dorg sediakan
Kalau 1hinggit 2hinggit takpe jugak. aku ni student tahu tak?
Okay dah bole cite pasal makanan. hee
Ha lps dah abis aku BIZZYkan diri dekat situ
Aku ajak Mr Rabun tambah lemak, dekat Sushi King. yeayy
Terokk kan, baru buang lemak, dah sibuk nak tambah lemak balik -.-

Sila amik tisu untuk air liur yg meleleh nanti.


semua ni dah selamat masuk dlm perot aku


yang ni selamat masuk dlm perut dia.

SEDAP WO!

thanks sayang sebab bermurah hati :D

Mase otw balik tu, tetibe ternampak satu kedai yg comel,
nama kedai tu LADYBIRD
macam sesuai untuk Cda je kedai ni en.
kedai ni jual baju baby dan kanak2. comel2 belaka okay.
disebabkan birthday anak buah dia nak dekat,
aku dgn dia setuju nak share belikan dia iniiii......


TARAAAAAAAAA


mini skirt!
mesti comel kalau Chempaka tu pakai.
Dia tu dah la teramat comel.
Kalau pakai skirt ni, masyaAllah
tak tahu nak ckp ape.
btw...
HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE


CHEMPAKA MARISSA
:)

#81 makcik kentot ea?

Nak jadikan sebuah cerita, hari Ahad lepas aku kua makan dengan Hunny, Mimie and Mior dekat pekan pilah.Sebab anjung makanan semua dah habis, tu yang menci duk kat kolej mase weekend, sbb byk kedai tak bukak dekat anjung -.- Pastu kebetulan ternampak Mior Palang si kedingkerempeng tu *haha blog aku, suke ati aku lah nak kutuk kau ke ape! :D aku pon mintak la tlg dia bwk g makan, mule2 dia taknak, tp aku paksa gak! See, boleh nampak di situ, kalau aku tgh lapar, aku boleh jd monster paksa orang bwk aku gi makan. HAHA.

So aku pon pegi lah mkn dekat kedai nasi ayam depan Maybank tu. Sumpah nasi ayam kat situ, stailo mailo. Sedapp ah cite dia. Sup dia, nasi dia, ayam dia, kicap dia, sambal dia semua marvelous! *terliur aku cerita! :D Haaaaaaa air bandung dia kaw siot, pandai makcik tu buat. Makcik yg jual tu pon dah bosan tgk aku, sebab selalu mkn situ. Tapi sekarang tgh kekeringan, tak dapat la dtg kedai mokcik. <--- ni bukan typo, mmg nak taip MOKCIK. hehe


eh APE CERITA PASAL NASI AYAM PULAK NIIIII
nampak sangat kau tgh lapar kan Sha. heh

Okay nak sambung cite pasal KENTOT. ha lepas aku dengan kwn2 and si tiangpalang tu habis makan, kitorang pon gerak la blk. Mase otw tu, aku suro si palang tu singgah kedai dekat dgn pasaraya Aktif tu, sbb aku nak beli cermin solek. psst : sebab bilik aku takde cermin lah! bukan sebab gedik2 nak beli. :D ha pastu en, aku pon belek2 lah cermin dkt dalam kedai tu, belek punye belek, aku berkenan dekat 1 cermin ni. Aku pon bawak lah pegi kaunter, and mase tu la berselisih dengan sorg makcik ni. Dia pegi dkt port2 belakang kedai tu, dekat2 jugakla dgn tempat yang aku amik cermin tu.


Nak dijadikan cerita jugak, mase aku dah sampai kaunter tu, tetibe rase nak patah balik pegi usha tgk cermin lain. Sebab mane lah tahu ade yg lagi best, kang kalau dah bayar menyesal plak kan. Aku pon patah la blk, maybe mase aku patah blk g tempat cermin tu, aku jln mcm pompuan melayu terakhir kot sbb makcik tu tak dgr langsung bunyi tapak selipar aku. Bajet sopan la konon! Aku pon ape lagi usha blk cermin2 dkt situ, dekat la dengan makcik tu, dkt belakang dia kot! Tapi dia tak sedar agaknya aku kat belakang dia.


tiba tiba.........aku terdengar bunyi PRROOTTTTTTTTTTTT


ha sudahhhh , apehal bunyi pelik ni, ohh makcik tu KENTOT! dah la aku dekat belakang dia mase tu, tros aku 'erk' terkejut punye pasal. Tak jadi aku nak usha2 cermin2 tu lagi, gila kau nak bertahan dekat situ dengan bauuuu. Oh no no no! boleh pengsan takde napas aku kat situ. tros aku blah.

Dalam kete aku cerita dekat dorang, gelak sakan dorang! semua tanya, "Kau bau tak?" Memang tak lah kan, aku tahan nafas kot lps dgr bunyi prrottt tu. Oh okay sekarang dah tau nape makcik tu cari port belakang kedai tu. Takpe makcik saya paham. Lepas dia kentot tu kan, baru dia sedar aku ade blkg dia, sbb terdengar bunyi terkejut 'erk' aku tu. Tapi time aku dah cepat2 blah dah, yela tak nak bg dia malu, aku buat2 la mcm tak dengar pape. Baik kan aku? hee. Tapi ni jahat, sebab aku cerita dekat korang. Sorry makcik. Takpe sy takde gmba makcik utk di-exposekan. hihi.

Okaylah nak tido, nak mimpi tgh kentot dkt kedai. HAHAH! :D


#80 friendship is wonderful! :)

hai korangg.
rase macam lama dah tak update blog.
eh lama ke? rase macam baru je lagi update. :D

oh btw, nak cerita cket bnde yang baru berlaku dekat aku tadi.
aku nak basuh baju, so aku turun lah dekat bawah blok aku.
sebab dekat bawah tu ade washing machine yg masukkan duit syiling tu.
tetibe..


*ceh bajet suspen en.
ade sorang lelaki ni tengah turun tangga.
dlm hati aku *apahal ade lelaki tinggal dekat blok perempuan ni?
mak aih , aku pulak time tu pakai short skirt.
yelaa mane lah aku nak tau ade lelaki tinggal dekat bawah tu...
tu yang main redah je pakai skirt turun bawah.
eh eh tp aku mane expect ade laki, so takpelah kan? hee

lepas tu boleh pulak dia nak menggatal dgn aku!
sibuk tny aku duk mane lah, course ape lah, part bape lah
yang paling tak boleh blah dia ckp camni :
"rase berbaloi ke basuh baju dekat situ? lepas ni basuh baju dekat rumah i jela, free je, dtg je ketuk pintu umah i ni bile2 mase."
KEPALA HOTAK KAUUU, ingat aku ni pompuan ape??
eii rase nak baling kasut je dekat laki tu.
pastu nak seret dia kat jalan.
cukup kejam tak?
tak? -.-
oh okay dah boleh abaikan cite ni.
sebenarnya nak show off pic aku dgn housemate aku.
hari tu ntah mcm mane boleh tetibe rase nak amik gamba dkt webcam.
ha amik kau dengan semua aksi kami yang membongak. kahkah




and and...
nak tunjuk gamba sorg budak perempuan cinonet yang sangat comel.
aku curik gamba ni dekat fb, tak tau la si cinonet ni anak sape.
untungnye dapat anak comel! :)

ni lah dia,
taraaaaaaaaa



COMEL GILA KANNNNNNNNN
GERAM SANGATTT
NAK BABY MACAM NI BOLEH?
:D

oh yeah, aku baru perasan rambut dia macam aku cket.


sama kan rambut? hehe nak perasan sekejap :D

psst : imy mr :(