#92 menstruation depression

Assalammualaikum. :)


Hai y'ols :) Aku nak share cket pengalaman aku ketika dan sebelum haid datang.hehe Selalunya tak semua perempuan alami menstruation depression ni, bergantung jugak dekat seseorang tu, sebab hormon masing2 semua lain2 kan. Ade je yang bile nak dekat datang haid or ketika, dorang chillax mcm biase je, mcm takde ape pon yg berlaku, siap boleh huha huha dgn kawan2 lagi, takde meroyan sane sini. Eh silap silap, meroyan tu post-natal depression. Confuse confuse. ekeke



Macam aku plak, hmm mungkin aku dalam kategori pelik, or maybe jugak dalam kategori normal. Taktau la aku nak classify kan diri aku ni mcm mane. Tapi bukanlah dalam setiap bulan bile tibenye waktu 'bulan gerhana' tu aku akan berubah jd pelik macam alien ke ape. Ayat aku td, pelik mcm tahap ape je kan. hikhikhik. Tapi kepelikan dan perubahan yg berlaku dekat diri aku sebelum dan ketika haid tu hampir merobohkan dan memusnahkan sesuatu hubungan yg terjalin. *ayat tak boleh nak hyperbola lg ke Neelofa? eh? ekeke. Dalam erti kata lain, hampir memutuskan hubungan aku dengan seseorang T_T


Boleh dikatakan setiap bulan aku alami bende ni, and mangsanya orang sekeling aku, eh sekeliling.heheh Nak tau apakah kepelikan aku? and maybe jugak tak pelik kalau ramai yg mengalaminya :) Penah tak korang menangis tanpa sebab? Rase macam nak nangis n airmata nak kua laju kemain, tapi tanpa sebab? Takde orang marah kita, takde orang yang sakitkan hati kita, tapi tetibe je nak nangis. Ha tu lah yang berlaku dekat aku, haha nak taknak aku nangis jela kan. Orang yg tengok dah pk mcm2 dah, padahal kita takde ape2 pon. :D




Pastu ade je bende yg tak kene, rase nak marah je, cepat nak marah, cepat tarik muka. Okay yang ni aku rase normal kot. Sebab ramai yang akan alami bende mcm ni. Cuma aku ni, kalau time tengah datang haid, kadang2 nak perhatian lebih, selalunya si buah hati laa akan jd mangsa.hehe Aku macam merengek nak perhatian lebih, kalau dia tetibe nak kua dgn kawan dia ke ape, mule la akan rase sedih, rase mcm si dia tak sayang kita la, tak kisah psl kita, kemon laa, dia nak kua lpk dengan kawan je kan. Tapi ape boleh buat, emosi sangat tak stabil ketika itu. hmm.


Baru baru ni pulak, hmm paling terok yg pernah aku alami aku rase, sebab sampai buat hubungan aku dgn si dia hampir putus. :'( Bende tu berlaku semasa sehari sebelum aku kene haid, masa tu aku jadi sangat sensitive, cepat terase and cepat pk bukan2. So si dia lah jadi mangsa. Hmm berperang terok jugakla, sampai aku mintak putus, otak bercelaru, ikutkan sangat perasaan, ha tu lah yg terjadi. Tapi nasib baik si dia berjaya selamatkan hubungan kitorang, dan ade sesuatu yg dia lakukan buat aku tersentuh malam tu :') Disebabkan tu jugakla, kepercayaan aku dekat dia semakin meningkat. Dan aku sangat bersyukur, sebab hubungan kami masih selamat dan kekal. Alhamdulillah. Berharap sangat hubungan kami takkan terjejas disebabkan masalah aku ni. :)


Keesokannya baru lah aku dtg haid, and baru aku tau punca dan sebab kenapa aku jadi sampai mcm tu hari tu. Yelaa, nak menangis je, pastu dengan mintak putus lagi. Haihh kesian dia. Tapi ape boleh aku buat? Bende ni bukan ade ubat yg aku boleh amik, that's out of our mind control. Sampaikan si dia cakap aku sangat scary bila datang haid.hahaha kesian awak. :) Tapi aku ingatkan aku sorang je alami bende mcm tu, rupenya ade jugak sorang kawan aku ni pon alami bnde yg sama. Masa dia datang haid baru2 ni, bende yg sama berlaku dekat aku, berlaku dekat dia. Dia pon hampir putus dengan boyprenggg dia sebab ikutkan sangat emosi yang tengah tak btol tu. Tapi nasib baik lah tak putus pon, boyprengg dia pandai pujuk dia blk. boyprengg dia pon paham kenapa dia ttbe camtu, kalau tak selalu okay je. haha :) Jadi aku berharap sangat dekat kaum Adam ni, supaya fahami lah kami perempuan ni yang mengalami bende2 mcm ni, bukan kami nak bnde mcm tu. Janji, kalau waktu2 lain kitorang okay je kan? :) Cuma kene bersabar n bersiap sedia laa bile dah hujung bulan tu. ekeke.


Okay tu jela yg aku nak share dengan korang. heh
buibui :)



p/s : Oh Giveaway yg Cik Irine buat tu, aku kalah. sobs sobs T_T

7 comments:

Unknown said...

opss, sori terbaca hal perempuan..haha

Markpitz said...

hahah3 terbaca lak..adoi

fatin natasha :) said...

haha takde larangan pon utk laki baca. lagi bagus kalau baca, so dah tau kan. :D

Diyana Munira said...

Menstruation depression? Yikes! Now I know why I tend to act how I act.

Cuma yang lainnya is that mine kena one week before and one week after. Rasa macam nak marah2, nangis tanpa sebab.

Oh well. Asalkan bukan clinical depression sudah :)

fatin natasha :) said...

oh really? see everyone got their own 'style' hahah. Yup, so far bnde ni tak membahayakan lagii pon ;)

Zul Idzham said...

amboi ingt i x perasan prkataan keling tu?grrrrr anyway nasib baik xde pape jd kt kite. alhamdulillah :)

fatin natasha :) said...

la npe nk marah? terase ke? :D
Yup, alhamdulillah :)