#98 Dulunya rapat, kini tidak lagi...

*ini adalah luahan hati semata mata*

Aku dgn M berkawan since form 1 lg, kitorang sgt rapat. Dekat sekolah kalau ke mane pon mesti berdua, pegi sekolah sama2, dlm class pon duduk sebelah2. Suka dan duka kitorang kongsi bersama. Segala rahsia kami share. Senang cerita aku dgn M memang rapat dan berkawan baik. Family masing2 pon dah tau yang kami berkawan baik.

Sehinggalah selepas habis SPM, aku menyambung pelajaran di UiTM, sedangkan dia teros memohon pekerjaan oleh kerana sbb2 tertentu, dan bukanlah sbb M taknak sambung pelajaran. Selama 3 tahun aku belajar, aku jarang ade di rumah memandangkan aku full time student. Kalau aku blk time weekend pon, bukan selalu dapat jumpa dia, sebab kebanyakan masa dihabiskan dekat rumah.

Jadi hubungan kami makin lama makin kurang rapat. Masing2 ada kawan yg baru. Aku faham situasi camtu, tapi dengan seikhlas hati aku sgt2 sygkan persahabatan kami. Sangat sayang. Bagi aku dia lah kawan terbaik yg pernah aku jumpa. Sebab dia bukan ada bile aku tgh senang and suka je, dia tetap ada dengan aku bile aku susah atau tengah bersedih. Sekarang ni bukan senang nak cari kawan yg macam ni.

Walaupun dekat tempat belajar mcm2 kawan yang aku dah jumpa, tapi still aku tak lupakan dia. Aku dah anggap dia kawan dunia dan akhirat aku. Mungkin ayat aku ni agak klise, tapi tu lah yang datang dr hati aku.

Bile dah berjaya habiskan semesterku yang terakhir, iaitu semester 6, aku rase sedih dan happy. Sedih sebab aku mungkin dah takkan jumpa kawan2 se-universiti dgn aku, dan yg paling penting housemates aku. Aku akan rindukan diorang, kenangan dengan diorang mmg aku takkan lupa. Happy plak sbb akhirnya dgn izin Allah, aku berjaya habiskan Diploma aku selama 3 tahun, dan aku tak sabar nak bekerja, ade duit sendiri, and secara tak langsung aku boleh spend time selalu dgn M, dalam erti kata lain merapatkan balik persahabatan kami.

Tapi...

Mungkin aku sorang yang rase teruja untuk semua tu, tp M tak rasa mcm tu. Sejujurnya aku agak berkecil hati dengan layanan M, seolah-olah ade gap antara kami. Lagi2 bila aku sambung belajar, dia dah mula rapat dgn E. Maklumlah, kedua2nya bekerja dan berduit. Tak macam aku, kerja pon blom, duit pon mengharapkan ihsan mak aku je. Siapalah aku bagi dia, mungkin aku je yg anggap dia bff aku, tapi dia langsung tak pikir cmtu. Yela E selalu ade dgn dia, dorang boleh shopping sama, double date sama2 sebab bf masing2 pon sebaya dan kenal, semuanya dah sempurna dlm persahabatan dorang. Sedangkan aku, aku dah jauh ketinggalan daripada dorang :'(

Persoalannya perlu ke lupakan persahabatan yang dah lama terjalin hanya kerana masing2 jauh? Salah aku ke sebab sambung belajar? Aku tak pernah lupa dia walaupun ramai kenalan baru yang aku kenal. Sejujurnya aku sangat berkecil hati dengan M sebab layanan dia terhadap aku jauh beza dgn layanan dia terhadap E. Aku ingatkan lepas aku dah habis belaja ni bolehla hubungan aku dengan M kembali rapat, tapi aku silap.

Agaknya memang dah ditakdirkan Tuhan yang hubungan kami takkan rapat mcm dulu, aku akan berpindah rumah tak lama lagi. Rumah baru aku tu plak mmg jauh dr rumah dia. Jadi memang akan lagi jarang la kitorang jumpa nnt. Kalau masa tengah dekat ni pon, dia dah layan aku camtu, apatah lg bile dah jauh nnt. Aku tersangat2 sedih dengan situasi yg sekarang, sampaikan aku jd murung seharian and nangis dengan semua ni.

Hmm kepada M, terima kasih untuk semuanya. Aku mmg takkan lupakan friendship kita. Sampai bila bila. Kalau kau dah tak happy kawan dgn aku, ape lg yg aku boleh cakap. Aku pon tengok kau happy je kawan dgn E, dia pon sekepala dgn kau. Sorry kalau aku ada buat kau terguris hati dengan aku selama kita kenal. Terima kasih jugak sebab pernah jadi kawan rapat aku dulu. Aku akan sentiasa doakan kau bahagia. Kalau kau dah nak tunang or kawin nnt, jemputlah aku kalau sudi. :)

#cara penulisan aku dah mcm ala-ala novel. sebab asyik baca novel je skrg. :)

#97 Cinta Bersatu. :)

Hai! eh ape hai hai ni, bg salam dulu! hehe. Assalammualaikum. :) Kepada sesiapa yg baca blog aku ni, terima kasih byk2, kalau takde sape yg baca pon tak ape, sbb aku buat blog ni suke2 je. Sekadar tempat untuk bercerita kisah2 sepanjang hidup aku :) Aku pon jarang update kan, awal2 dulu je semangat update. Setiap hari 1 post. Tu DULUUU, skrg hampeh. mau sebulan sekali tak pon 2 kali je.hoho

Okay kali ni aku nak cerita cket pasal tarikh ni 02/04/2012. Ada ape dengan tarikh ni? ceyy ayat tak boleh blah. Sebenarnya hari ni 2nd April 2012 genap setahun first date aku dgn Mr Rabun.hehe Sape dia? tak kenal ke? Alaa boyprenggg aku lahh. Memang dr start aku kenal dia aku dah gelar dia cmtu, sampai lah sekarang pon. Ala dia pon sama, dr dulu save nama aku kat phone dia 'BESHA' -.- paham tak knp tu? Dia nak cakap aku besarr leww. Ala selalunya dia suke gune pktaan antonim, so aku lekss je :D

So nak jadikan cerita, pada 02/04/2011, *ceyy ayat aku* bermulalah kisah kami.hehe Meh aku recall balik ape yang terjadi :

Sebelum 02/04/2011 :

  • Aku update status psl game Man Utd dkt fb, then ntah camne kitorang boleh ter-deal psl game tu dkt fb, tak rpt lg pon padahal, haha. Sebab dia busy utk wedding abg dia, so tak dpt nak tgk game tu, then aku kan kalau bab bab pow ni no 1,hehe aku ckp klu aku bgtau dia score game tu, dia kene blnje aku mkn dkt Sushi King! *terliuq sat.haha
  • Pastu kitorang ade lah wall post, dia asek terkene dgn aku je kalau wall post, kesian kesian :D
  • Then mase dah nak dkt dinner NOI dia ade tny aku ape yg sesuai utk dia pakai malam tu, aku pon bg lah idea itu dan ini, dia ckp taktau mne nak cari semua tu dkt Pilah. Memandangkan aku tau, dia pon ajak aku teman. Aku pon dup dap dup dap. Dkt fb bolehlah aku borak sakan, klu dpn2 kelu lidah do.
  • Tapi aku setuju jugak nak teman dia, sbb duk dkt kolej pon bosan, bolehla jln2 jgk kalau teman dia cari baju.hehe

On 02/04/2011 :

  • Seperti yg dirancang, aku dgn dia keluar berdua *ceyy* cari baju dia.hehe
  • Mule2 dia ajak aku makan dkt dpn Maybank, aku pon okay je. Tapi dkt situ dia dah kene bahan dgn aku.huahuahua
  • Dalam kereta aku dah taktau nak ckp ape *first time kua sama lah katakan*, aku pon cari idea nak bahan dia, sbb tu jela yg aku mampu utk memeriahkan suasana dlm kete :D
  • Sepanjang jalan asek gelak2 je aku bahan dia, dia pon ade lah jgk bahan aku, tp sipi sipi je pon, tkdehal lah*nak menang gak,hehe*
  • Then the best part, when we went back to pilah. HAHA. aku rase aku ade cite dkt post aku sebelum ni. Tkpela aku cerita blk, aku nyanyi lagu Ya Salim Salim Saidina, then bile aku stop nyanyi, tros dia sambung. Dah mcm kumpulan nasyid dlm kete pon ade. Gelak terbahak bahak kitorang pastu, sampai perot dia cram gelak byk sgt punye pasal. *the best moment ♥* :)

Since drpd tu lah aku dengan dia rapat dan makin rapat, sampailah dah couple hingga kini. :) Berharap dan berdoa kepada Allah, moga hubungan kami akan kekal bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat kami. Amin. Sesungguhnya, dia sangat bermakna buat diri aku dan dia adalah anugerah drpd Allah untuk aku, Alhamdulillah. :)


 Mase ni dinner NOI (part 4) *dlm process rapat* hehe


This is the latest one! Pre-Graduation Dinner. *dah bersatu, eceyy* Alhamdulillah.


p/s : Bie, lagu dekat blog i ni is dedicated for you! ;)