#98 Dulunya rapat, kini tidak lagi...
Aku dgn M berkawan since form 1 lg, kitorang sgt rapat. Dekat sekolah kalau ke mane pon mesti berdua, pegi sekolah sama2, dlm class pon duduk sebelah2. Suka dan duka kitorang kongsi bersama. Segala rahsia kami share. Senang cerita aku dgn M memang rapat dan berkawan baik. Family masing2 pon dah tau yang kami berkawan baik.
Sehinggalah selepas habis SPM, aku menyambung pelajaran di UiTM, sedangkan dia teros memohon pekerjaan oleh kerana sbb2 tertentu, dan bukanlah sbb M taknak sambung pelajaran. Selama 3 tahun aku belajar, aku jarang ade di rumah memandangkan aku full time student. Kalau aku blk time weekend pon, bukan selalu dapat jumpa dia, sebab kebanyakan masa dihabiskan dekat rumah.
Jadi hubungan kami makin lama makin kurang rapat. Masing2 ada kawan yg baru. Aku faham situasi camtu, tapi dengan seikhlas hati aku sgt2 sygkan persahabatan kami. Sangat sayang. Bagi aku dia lah kawan terbaik yg pernah aku jumpa. Sebab dia bukan ada bile aku tgh senang and suka je, dia tetap ada dengan aku bile aku susah atau tengah bersedih. Sekarang ni bukan senang nak cari kawan yg macam ni.
Walaupun dekat tempat belajar mcm2 kawan yang aku dah jumpa, tapi still aku tak lupakan dia. Aku dah anggap dia kawan dunia dan akhirat aku. Mungkin ayat aku ni agak klise, tapi tu lah yang datang dr hati aku.
Bile dah berjaya habiskan semesterku yang terakhir, iaitu semester 6, aku rase sedih dan happy. Sedih sebab aku mungkin dah takkan jumpa kawan2 se-universiti dgn aku, dan yg paling penting housemates aku. Aku akan rindukan diorang, kenangan dengan diorang mmg aku takkan lupa. Happy plak sbb akhirnya dgn izin Allah, aku berjaya habiskan Diploma aku selama 3 tahun, dan aku tak sabar nak bekerja, ade duit sendiri, and secara tak langsung aku boleh spend time selalu dgn M, dalam erti kata lain merapatkan balik persahabatan kami.
Tapi...
Mungkin aku sorang yang rase teruja untuk semua tu, tp M tak rasa mcm tu. Sejujurnya aku agak berkecil hati dengan layanan M, seolah-olah ade gap antara kami. Lagi2 bila aku sambung belajar, dia dah mula rapat dgn E. Maklumlah, kedua2nya bekerja dan berduit. Tak macam aku, kerja pon blom, duit pon mengharapkan ihsan mak aku je. Siapalah aku bagi dia, mungkin aku je yg anggap dia bff aku, tapi dia langsung tak pikir cmtu. Yela E selalu ade dgn dia, dorang boleh shopping sama, double date sama2 sebab bf masing2 pon sebaya dan kenal, semuanya dah sempurna dlm persahabatan dorang. Sedangkan aku, aku dah jauh ketinggalan daripada dorang :'(
Persoalannya perlu ke lupakan persahabatan yang dah lama terjalin hanya kerana masing2 jauh? Salah aku ke sebab sambung belajar? Aku tak pernah lupa dia walaupun ramai kenalan baru yang aku kenal. Sejujurnya aku sangat berkecil hati dengan M sebab layanan dia terhadap aku jauh beza dgn layanan dia terhadap E. Aku ingatkan lepas aku dah habis belaja ni bolehla hubungan aku dengan M kembali rapat, tapi aku silap.
Agaknya memang dah ditakdirkan Tuhan yang hubungan kami takkan rapat mcm dulu, aku akan berpindah rumah tak lama lagi. Rumah baru aku tu plak mmg jauh dr rumah dia. Jadi memang akan lagi jarang la kitorang jumpa nnt. Kalau masa tengah dekat ni pon, dia dah layan aku camtu, apatah lg bile dah jauh nnt. Aku tersangat2 sedih dengan situasi yg sekarang, sampaikan aku jd murung seharian and nangis dengan semua ni.
Hmm kepada M, terima kasih untuk semuanya. Aku mmg takkan lupakan friendship kita. Sampai bila bila. Kalau kau dah tak happy kawan dgn aku, ape lg yg aku boleh cakap. Aku pon tengok kau happy je kawan dgn E, dia pon sekepala dgn kau. Sorry kalau aku ada buat kau terguris hati dengan aku selama kita kenal. Terima kasih jugak sebab pernah jadi kawan rapat aku dulu. Aku akan sentiasa doakan kau bahagia. Kalau kau dah nak tunang or kawin nnt, jemputlah aku kalau sudi. :)
#cara penulisan aku dah mcm ala-ala novel. sebab asyik baca novel je skrg. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
fatin natasha sayang~ sedih pulak akak baca entry ni..fatin, akak tak rasa yang mimi dah lupakan terus friendship korang yang dah lama tu..tak mungkin!tapi apa yang nampak korang jadi makin tak rapat sebab faktor jarak dengan satus..fatin study, mimi keje.dulu akak dengan kak liza pun camtu jugak fatin :( 3 tahun pisah masa study..tapi alhamdulillah lepas keje kitorang jumpa balik and dapat pulak satu ofis..semua ni keje Allah fatin~ kita boleh berdoa je..akak harap sangat friendship korang boleh tahan sampai syurga :') lagipun both family dah kenal..takpe, bia jauh di mata tapi dekat di hati ye..lumrah hidu memang macamni fatin..kita tak boleh nak jangka..huhu.bila free2, datang la tido umah ke mimi tido uma fatin ke..macam dulu2 tu :)) apa apa pun try cakap heart to heart dengan mimi ok..kadang kita manusia tak perasan bila kita buat salah..mimi mesti ok kalau fatin luahkan apa yang fatin rasa ni..jangan sedih sedih ye :)
kak nana, fatin rasa nak ngs baca comment akak ni. :(( Thanks akak :')
so sad your entry diz time. hurmm honestly kan i pon pernah rasa mcm yg u rasa. this is juz my opinion ok, me n my friend tu sama mcm u n M ..my fren dah kerja but me still study, jauh pulak tu dgn dia..my friend mcm dah tak peduli dgn i bila i tak cari or tak contact dia, dia pon takkan contact i. takkan la everytime i je nak ingat kat dia? kan? but i sabar je sebab i still anggap dia my best friend yg i selalu share all of our pain and joy. sometimes i terfikir time i sush, mana dia? kenapa dia tak boleh nak dgr cerita2 sedih i? i try to contact her but she's so busy with her boyfriend. mcm i mmg dh tak bg apa2 makna dekat dia. dia couple dgn bf dia skrg pon i tak tau. kalau tak dulu, everything dia akan cerita dgn i. 1 je yg i boleh cakap. people change fatin. kalau dulu mungkin lain perangai dia, semakin meningkat umur kita semakin banyak perubahan yg berlaku..so apa yang kita boleh buat just berdoa moga2 ikatan persahabatan kita akan berkekalan walaupon dah tak serapat mcm dulu. because for me, i'm too tired nak fikir pasal my frens but dia tak pernah nak fikir pasal i ..so i serahkan everything dekat Allah, god knows what is best for us. InsyaAllah :)
#sorry terpanjang pulak comment :))
my dear anonymous,
eh it's okay. i love to read ur story. :) yeah btol ckp u, people change. but i love friendship of me and M. since form 1 we all sgt rpt, everything we sharing. but now, same goes to me, she has a bf, but she even din share anything about him with me. padahal i cite je psl my bf dkt dia. maybe M more prefer to share with E. i really2 feel left out :( we now looked like stranger.
btw, thanks for sharing ur story ;)
thank kau da luah kan ape yg kau rasa..kalau sblum nie kau hint2 kat fb.aku tak kisah lg walaupun aku tau kau tuju kat aku..mgkin cara kau mcm 2..tapi aku ada jawapan sendiri nape benda2 mcm ni jd..
fatin kau kena paham..aku tak penah lupakan kwn2..tapi mgkin mcm kau rasa sbb "title" pelajar n pekerja bt kita tak rapat..yes!mmg tu punca nya..kau kena ingat E yang kau katakan tu..kawan kita gak..cuma sejak bekerja nie ktorang lg rapat..disebabkan ktorang takde benda nak dipikirkan takde terikat ngan ape2..yg ktorang tau ble free ktorang kua sama n slalunye pun ko takde kat sini..itu pun kau nak cakap aku lupakan kau gak ke..fatin serius aku tak paham..aku rasa setiap kali ko balik cuti ko msg aku ajak jmpa..aku takla tolak nak jmp kau kan..
ok..pasal gi holiday,ko nak terasa sbb aku tak tunggu ko mcm kau cakap "tunggu aku keja nanti kt g sama2 yea" ko rasa patut ke aku korbankan kehendak aku untuk semua kawan2 fatin..bkan sekali je bole g..da bertaun aku bekerja aku cuma nak puaskan ati aku nak g cuti so aku kena tunggu kawan2 smua da bersedia n baru aku bole bercuti?patut ke fatin.. fatin InsyaAllah sok kalu ko da bekerja n aku ada rezeki kita boleh pergi lg..
kau lupa cakap pasal kita..aku rasa kau still minta pendapat aku mcm dulu kalu ko ada problem..n aku nak tanya kau..pernah ke aku tak layan ko..aku still macam dulu,bg pendapat..
tak tipu aku ckp sedih bila baca entry kau ni, mcm aku ni lupa kawan betul..tp takpe aku fhm keadaan kau.sorry aku tak dpt puaskan hati semua org..tapi nape kau tak boleh terus terang dkat aku? btw aku syg friendship kita yg dah lama ni..so kita sama2 pkir slah silap kita ya..jgn risau aku tak amik hati, apa2 kita jumpa nnt.. <3
Post a Comment