#92 menstruation depression
Assalammualaikum. :)
Hai y'ols :) Aku nak share cket pengalaman aku ketika dan sebelum haid datang.hehe Selalunya tak semua perempuan alami menstruation depression ni, bergantung jugak dekat seseorang tu, sebab hormon masing2 semua lain2 kan. Ade je yang bile nak dekat datang haid or ketika, dorang chillax mcm biase je, mcm takde ape pon yg berlaku, siap boleh huha huha dgn kawan2 lagi, takde meroyan sane sini. Eh silap silap, meroyan tu post-natal depression. Confuse confuse. ekeke
Macam aku plak, hmm mungkin aku dalam kategori pelik, or maybe jugak dalam kategori normal. Taktau la aku nak classify kan diri aku ni mcm mane. Tapi bukanlah dalam setiap bulan bile tibenye waktu 'bulan gerhana' tu aku akan berubah jd pelik macam alien ke ape. Ayat aku td, pelik mcm tahap ape je kan. hikhikhik. Tapi kepelikan dan perubahan yg berlaku dekat diri aku sebelum dan ketika haid tu hampir merobohkan dan memusnahkan sesuatu hubungan yg terjalin. *ayat tak boleh nak hyperbola lg ke Neelofa? eh? ekeke. Dalam erti kata lain, hampir memutuskan hubungan aku dengan seseorang T_T
Boleh dikatakan setiap bulan aku alami bende ni, and mangsanya orang
Pastu ade je bende yg tak kene, rase nak marah je, cepat nak marah, cepat tarik muka. Okay yang ni aku rase normal kot. Sebab ramai yang akan alami bende mcm ni. Cuma aku ni, kalau time tengah datang haid, kadang2 nak perhatian lebih, selalunya si buah hati laa akan jd mangsa.hehe Aku macam merengek nak perhatian lebih, kalau dia tetibe nak kua dgn kawan dia ke ape, mule la akan rase sedih, rase mcm si dia tak sayang kita la, tak kisah psl kita, kemon laa, dia nak kua lpk dengan kawan je kan. Tapi ape boleh buat, emosi sangat tak stabil ketika itu. hmm.
Baru baru ni pulak, hmm paling terok yg pernah aku alami aku rase, sebab sampai buat hubungan aku dgn si dia hampir putus. :'( Bende tu berlaku semasa sehari sebelum aku kene haid, masa tu aku jadi sangat sensitive, cepat terase and cepat pk bukan2. So si dia lah jadi mangsa. Hmm berperang terok jugakla, sampai aku mintak putus, otak bercelaru, ikutkan sangat perasaan, ha tu lah yg terjadi. Tapi nasib baik si dia berjaya selamatkan hubungan kitorang, dan ade sesuatu yg dia lakukan buat aku tersentuh malam tu :') Disebabkan tu jugakla, kepercayaan aku dekat dia semakin meningkat. Dan aku sangat bersyukur, sebab hubungan kami masih selamat dan kekal. Alhamdulillah. Berharap sangat hubungan kami takkan terjejas disebabkan masalah aku ni. :)
Keesokannya baru lah aku dtg haid, and baru aku tau punca dan sebab kenapa aku jadi sampai mcm tu hari tu. Yelaa, nak menangis je, pastu dengan mintak putus lagi. Haihh kesian dia. Tapi ape boleh aku buat? Bende ni bukan ade ubat yg aku boleh amik, that's out of our mind control. Sampaikan si dia cakap aku sangat scary bila datang haid.hahaha kesian awak. :) Tapi aku ingatkan aku sorang je alami bende mcm tu, rupenya ade jugak sorang kawan aku ni pon alami bnde yg sama. Masa dia datang haid baru2 ni, bende yg sama berlaku dekat aku, berlaku dekat dia. Dia pon hampir putus dengan boyprenggg dia sebab ikutkan sangat emosi yang tengah tak btol tu. Tapi nasib baik lah tak putus pon, boyprengg dia pandai pujuk dia blk. boyprengg dia pon paham kenapa dia ttbe camtu, kalau tak selalu okay je. haha :) Jadi aku berharap sangat dekat kaum Adam ni, supaya fahami lah kami perempuan ni yang mengalami bende2 mcm ni, bukan kami nak bnde mcm tu. Janji, kalau waktu2 lain kitorang okay je kan? :) Cuma kene bersabar n bersiap sedia laa bile dah hujung bulan tu. ekeke.
Okay tu jela yg aku nak share dengan korang. heh
buibui :)
p/s : Oh Giveaway yg Cik Irine buat tu, aku kalah. sobs sobs T_T
#91 GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!
Product Miracle Tab
Assalammualaikum.
Hai kekawan semua, entry ni khas untuk Cik Irine Nadia yang comel lagi famous tu, memandangkan baru je kejap tadi dia buat contest yang tak berapa nak contest katanya. Takpelah, janji boleh join kan? ;)
Okay seperti yang Cik Irine kita terangkan syarat2 contest di blog beliau, di sini saya nak terangkan secara ringkas kenapa saya nak sangat product Miracle Tab seperti gambar di atas kerana terlebih dahulu saya baca semua penerangan Cik Irine tentang setiap product tersebut iaitu Tab Ex, Tab Soap dan HD Glow Essence dengan sangat terperinci. Kebaikan atau manfaat setiap product tersebut semuanya sangat meyakinkan saya dan apa yang membuatkan saya bertambah yakin bila saya tengok contoh contoh testimoni pengguna yang dah menggunakan product tersebut. Boleh click dekat setiap nama product tersebut untuk mengetahui kebaikan setiap product. :) Disebabkan muka saya memang bermasalah sejak zaman sekolah lagi, iaitu kulit berminyak dan berjerawat, saya rasa ini permulaan yang baik untuk saya mendapatkan kulit bersih, putih dan gebu macam Cik Irine tu. hehe So, sangat berterima kasih kepada Cik Irine kerana memperkenalkan product ini kepada semua. InsyaAllah jika usaha itu ada, product ini akan berkesan pada kulit saya.
Sekian Terima Kasih. :)
p/s : Kepada sesiapa yang berminat nak join contest beliau, bolehlah click dekat nama beliau di intro ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)

