#86 semuanya tentang dia.

Attention : Entry ni tersangatlah panjang, kalau mampu baca, silakan :)



Dia, Mohd Zul Idzham Bin Zulkafli adalah orangnya. Perkenalan yg langsung tak dirancang semester lepas bagi aku sejuta makna. Padahal kitorang dah sama kolej since sem 1 lagi, tapi tak pnah plak kitorang kenyit2 mata tegur tegur. Tapi dia ckp kitorang penah sekali tegur dkt Alamanda dulu, tapi aku tak ingt bile. 

Sampai lah dah pindah UiTM Kuala Pilah mase sem 3 pon still kitorang tak bertegur. Maklumlah time tu pon dia dah ade orang tersayang, so mmg taklah dia nak kenyit2 mata kenal dgn aku. Tengah in love dengan gf kesayangan mane mau pandang orang lain. Tapi baguslah, setia namanya. Aku plak mase tu baru heart broken dgn ex aku, and mase sem 3 pon aku rapat dengan orang lain. Kalau sesiape yg sebelum ni ade baca blog aku, aku ade tulis pasal orang itu, tapi post tu dah delete lah tapi.hehe Hbgn aku dgn orang tu tak boleh nak lebih drpd kawan, sebab aku lagi selesa berkawan je dgn orang tu.

Masuk sem 4, pada awalnya kitorang masih tak bertegur, sampailah kitorang sama class Mandarin. Aku yang sememangnya dari dulu minat bola and minat Man U, akan update status aku dkt fb setiap kali game Man U ade. Dan mesti dia comment. Kononnya dia pon peminat setia Man U, tapi memang btol lah. heh :D Bile dlm class plak si dia ni still malu2 nak tegur aku, buat2 mcm tak kenal plak, padahal kalau dekat fb bukan main rancak lagi chat dgn aku. Bengkek jugakla aku mule2, yela depan2 mcm sombong plak, rse nak cepuk je dia. rawrr. Kebetulan mase tu dia baru2 je lagi putus dgn ex dia, so maybe keyakinan terhadap pompuan tu dah takde, maybe ke arah laki? oh tidak tidak!


ape terok sgt aku ni kutuk boyprengg sendiri! -.-"


sampailah ade 1 hari ni ade listening test for mandarin, laoshi suro student anjak duk ke depan and suro duk rpt2. Tetibe dia drpd blkg bwk kerusi duk sebelah aku. dup dap dup dap jugaklah aku time tu. tapi buat2 cool. ecehh :D ha start dr situ lah kitorang jadi rapat. Daripada selalu chat dekat IM, kitorang chat dekat skype plak. Ade je topik nak di pot pet kan.  Sebab aku ni suke bahan dia, dah keje aku dr sek asek buli budak je en, so mmg dia selalulah kene dengan aku. Sekarang je dia dah lain, aku plak selalu terkene dengan dia. what theeeeee. haha Tapi yang pasti kitorang rapat SELEPAS dia putus, even sebelum dia putus pon kitorang tak bertegur pon lagi. So aku berharap sangat orang yg berkenaan tak anggap aku ni rampas dia drpd sesape.

Then selepas dinner NOI, aku tido senyum, bgn tido pon senyum, makan pon senyum sampai mknn tu tak luak2, nak mandi pon senyum, senang cite 24/7 aku senyum je memanjang. falling in love lah katakan. okay 24/7 aku senyum tu nampak sangat tipu, dah bole masuk hosp gila sebab ade symptom2 kurang siuman. heh Sebab lepas dinner tu lah dia dah confessed dekat aku. Senang cite our r/ship amik mase yang singkat utk declare. Keserasian tu dah ade, and byk sangat kebetulan yg sama. tapi bukan lps dia confessed tu kitorang tros official. Kene jual mahal dulu beb. Aku ckp aku nak tggu afta final baru ready utk pk semua tu. Fortunately, dia pon sanggup tunggu. wah class gitu. sementare tu ade je bnde yg dia buat bg aku lg fall for him. Contohnya seperti INI

Bagi aku dia bukanlah seorang yg romantik or sweet, tapi bile dia dah sayang org tu, dia akan btol2 tnjuk sayang dia. Itu yang aku nampak and rase lah. Sebab selama perhubungan kami dia sangat2 tunjukkan effort dia nak bagi aku happy. Boleh nampak lah keikhlasan dia tu. Tapi aku ni pulak, tersangatlah ego, susah nak percaya and sayang dia sepenuhnya lagi. Bukan ape, takot terluka lagi. Aku siap bgtau dia yang aku mcm tu, tapi dia cakap "Takpe, asalkan u sayang i, walaupun cket, i tetap sayang u"

Dalam hubungan, tipulah kalau takde dugaan, takde gadoh2 kan. Tapi alhamdulillah, setakat ni kitorang tak penah gado terok lagi. Selalunya kalau gadoh or salah phm pon sekejap je. Sebab masing2 tak suke gadoh lama2, taknak bnde tu jadi meleret. Sejujurnya, dia sangat sangat penyabar. Aku kan ego, so selalunya dia yang akan mengalah, walaupun sbnrye bukan salah dia. Kadang2 tu tersentuh jugak dengan sikap dia yang penyabar tu. Yela, bile tengah ade problem ke, dia akan settlekan bnde tu dengan cara yg lembut n baik2 je. Penah sekali tu, aku dah nak menangis sebab sebak dia cakap baik2 n lembut je dengan aku, sebab nak bg reda kemarahan aku.

Dia jenis yang tak berkira. Maksud aku, dia tak pernah nak berkira dengan aku bile kitorang keluar sama. Dia tak kisah nak spend duit dia untuk aku. Selama aku ade boyprengg kan, aku tak pernah lagi jumpe lelaki yang sanggup berhabis duit byk utk aku. Sebelum ni ade lah jugak yg belanje, tapi tak sebanyak dia. Dia lah satu2nya laki yang aku rasa, sangat tak kedekut. Tapi jangan salah paham pulak, aku bukan lah pengikis. Tak terlintas langsung kat fikiran aku nak jadi camtu. Aku tau limit, dia bukan suami aku lagi.

Kalau daripada segi pengorbanan, banyak sangat yang dia dah berkorban untuk aku. Walaupun bagi dia, itu bukan pengorbanan, tapi bagi aku, itu dah cukup buat aku rase dia dah banyak berkorban untuk aku. Kalau nak cerita dekat sini satu2 ape yang dia dah korbankan, haih lenguh tangan aku nak taip. Sebab, terlalu banyak. Dan dia langsung tak pernah merungut and mengungkit. Seems like semua tu dia buat dengan seikhlas hati dia.

Orang cakap dalam hubungan tu kene ade keserasian and tolak ansur kan. Awal perkenalan kitorang lagi aku dapat rasekan keserasian yg ade antara kitorang. Dia boleh terima cara aku, aku boleh terima cara dia. Sebab perangai kitorang ni lebih kurang sama je sebenarnya, otak gila2, gelak huha huha, suke buat cerita merepek, sampaikan kawan2 kitorang sendiri cakap yg kitorang ni suke merepek. haha :D Ni yang aku paling suke pasal dia, aku buat cerita lawak or merepek, dia akan layan je, takpon dia akan sambung cerita tu. last2 kitorang gelak sendiri, orang lain yg ade dekat situ takkan paham ape yg kitorang cerita and gelakkan. Haha saat2 mcm tu aku suke sangat, sebab boleh buat aku ketawa sampai kua air mata. Kalau tolak ansur pulak, dia sangat beralah kalau ape2, sebab dia jenis tak suke panjangkan masalah. :) Tapi aku pon ade jugak beralah ye.

Dari segi persamaan pulak, hmm banyak sangat persamaan kitorang. Kadang2 tu mcm kebetulan je. Ape yang aku minat, dia pon minat. Bukan sebab tiru ke ape, tapi dah memang kebetulan sama. So kitorang boleh share minat kitorang tu :) Tapi taklah setiap bende sama. Contohnya, dia layan anime, aku tak. Dia suke baca komik, aku tak. Aku suke makan durian, dia tak suke. Aku putih, dia gelap. Oh ni tak boleh bezakan ea? hahah again aku kutuk boyprengg sendiri, sorry sayang :D

Senang cerita, aku bersyukur sangat dekat Allah, sebab temukan aku dengan dia. Aku rasa dia adalah anugerah Allah buat aku. Aku happy dapat kenal dia, dan jadi org yg penting dalam hidup dia. Aku rasa kehadiran dia menyempurnakan hidup aku. Btol lah setiap bende yang berlaku, memang ade hikmahnya. Afta terluka dengan ex aku dulu, aku jadi down gila, takde semangat, setiap malam nangis and setiap hari sedih. Dalam masa 2 bulan jugak lah aku macam tu. Susah sangat nak lupekan ex aku tu, sebab aku terlalu sayangkan ex aku masa kitorang couple dulu. Lepas putus je, aku susah nak percaya laki, hati aku jadi keras, aku taknak terluka lagi. Tapi dengan dia ni, dia sangat lain, dia sangat special. Sekeras mcm mane pon hati aku layan dia, dia tetap bersabar. Kesabaran dia tu lah yang buat hati aku jadi lembut balik sekarang. Thank you sayang. :)

Aku tak kisahlah orang nak cakap ape pasal kitorang, tapi aku bahagia dengan dia. Aku terima dia seadanya, seperti mane dia terima aku seadanya. Segala kekurangan aku, and keburukan muka aku, tak mengurangkan rase sayang dia dekat aku pon. Semua dia terima. Itu yang buat aku rase, and terpikir ade ke laki yang boleh terima aku mcm mane dia terima aku. This entry is special dedicated to my sayang. I love you so much. Thank you for everything sayang. 



Ya Allah...
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan.
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.

Ya Allah...
Tapi aku sangat berharap bahawa dia adalah yang terbaik untukku.
Tapi aku serahkan semuanya itu padaMu ya Robb,
kerana Engkaulah zat yang maha mengetahui semua kebaikan.
Amin ya Robb.






p/s: Yeayy raya tahun ni dapat raya dgn boyprengg! :D

10 comments:

Zul Idzham said...

panjangnyeeee posttt.hee btw i really appreciate this syg. seriously sgt2 appreciate tp apekah maksud u cerah tp i gelap ha? sumpah x faham dan u x pyh nk terangkan ye.grrrr teringat balik time kite kenal mula2 sumpah best gila. sgt2 best even sampai skrang kite still best mcm dulu2.hee i love u so much sayang and i want to be with you until the end of my life :D

fatin natasha :) said...

maksud cerah and gelap tu ialah, cerah is putih, gelap is hitam. hikhikhik *nak terangkan jugak :D

i want to spend the rest of my life with you sayang :)

Anonymous said...

Ish . sweet sgt ni ! jeles lahh haha

fatin natasha :) said...

hahah mne ade sweet, ni kisah benar. ecehh :D

bella hamzah said...

ecece org tu bahagiaaa... hehehe tumpang gembira tuk sha.. :)

fatin natasha :) said...

hehe thanks bella ;)

Zul Idzham said...

wuuu da edit sket. bertambah like like like post nih dan tambah sayang jugak. muah! :D

fatin natasha :) said...

bertambah syg takde bg ape2 ke? :D

Zul Idzham said...

bagi ape yg i msj u petang td.muahaha

fatin natasha :) said...

mcm bongok -.-