#88 petua untuk orang macam aku.

Dulu kalau setiap kali cuti sem aku rajin je nak update blog aku ni. Tapi sejak dah berkeluarga ni.. eh? Salah2, sejak dah ade anak buah yg sgt active, yang merangkak sane sini, yang aku harus terkedek2 kejar dia, aku selalu kepenatan dan tiada idea nak update ape.


Alasan kau tak boleh nak poyo lagi ke Sha?

heheh.
bukan ape, aku memang kekurangan idea nak update ape. hue hue hue. Lagipon time2 cuti ni lah nk melayan Qaleesya kan, nanti dah masuk semester baru, rinduuuuu diaaaaaaa :(
Okay Sha, tak payah nak dramatic sgt.

Sekarang telatah Qaleesya makin comel dan bijak. Geram sangat dengan dia. Dah pandai tiru gaya kita balik. Cepat tangkap ape yang kita tunjuk dekat dia, pastu teros dia ikut. Bile tengok dia mcm tu, hati keibuan aku terus tersentuh. hahah bajet mcm aku dah beranak je en. Latest yg aku paling suke, bile tengok dia gelak lama gila, dengan penuh tawa riang, ayat nak da voom je en walaupun 3 kali terjatuh terlentang dkt lantai, dia masih mampu sambung gelak. huahuahua. bukan gelak huahuahua la, gelak dia comel ala2 ringtone baby tgh gelak tu. heheh. Tak percaya? Tengok video ni :




Haa dah percaya sekarang? hue hue hue. Aku cadangkan dekat kakak aku suro hantar video tu dekat TV3 untuk rancangan Nona, sebab setiap kali akhir siaran, akan ade segment video pilihan. So aku rase macam sesuai je kalau nak post video ni. :D

Okay mcm biase, aku selalu lari topic. Aku sebenarnya nak share petua2 yang aku dah cuba godek2 dekat Google. Aku cari petua yg boleh diterima akal jugakla. Sebab ade jugak petua yang kita tak boleh main serbu ikut je. Takot ade kesan sampingan. Kali ni aku nak share petua menghapuskan jerawat. Sebab aku dah agak ketensionan dengan jerawat yang tumbuh dekat muka aku ni. Dah la sakit...argghhh! sound effect cket, heheheh. Aku ni kalau korang nak tau, suke main hentam je makan ape. Semua yang aku nampak and rase sedap, semua aku sumbat je. Padahal sebenarnya kalau korang nak tau, selalunya jerawat ke ape penyakit ke, terjadi sebab kesan makanan yang kita makan jugak. Bak kata omputeh, "You are what you eat." Tapi ade jugak yang bernasib baik, yang kulit dorang jenis tak sensitive, dorang melantak ape pon, muka dorang maintain licin, bersih, lembut bak sutera. Okay over.

So sebelum banyak plak aku nak menaip tapi petuanya tak muncul2, baik aku share dengan korang petua2 yang aku dah godek2. hiuhiuhiu :D korang boleh try salah satu drpd bawah ni :

  • Bersihkan muka macam biasa. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. *mcm senang je kan?
  • Tutup muka dengan kain yang lembap selepas mencuci muka. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit, kemudian pakai penyegar muka. *wap air teh pon boleh jugak sebenarnya.
  • Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
  • Rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air sehingga lumat. Sapukan pada muka dan biarkan ianya kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  • Basuh muka dengan basuhan air beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. *okay ni nak cuba! sebab senang. heheh
  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari. *ni pon nak cuba!

Bolehlah pilih mane yang korang rase nak try :) Kalau dari segi pantang makan pulak, selalunya depends dekat individu tu ade alahan ape. Kalau macam aku ni, aku tak boleh makan kacang, nnt confirm kejap je dah 'toinkkk' tumbuh musuh ketat kulit muka aku tu -.- and rasenye seafood pon aku tak boleh kot, ni tak sure lg. Alaaaa tapi seafood kot! Gila sadis kalau tak dapat makan. huwaaa huwaaa :'( fav tuuu
Seeloknya makan makanan berkhasiat la, macam sayur sayuran, buah buahan, and kurangkan makanan yang berminyak.

Okay sekian tips drpd saya, Neelofa, eh salah! Kim Kardashian. Eh tak jugak, Fazura laa. :D


psst : panjang plak entry aku kali ni. heh

#87 tenggelam timbul?

ape yang tenggelam timbul?
haha yang tenggelam timbul tu aku lah.
yelah, dah berbulan lamanya aku tak update blog ni. 
#yeke berbulan? over lah kau sha.

last aku update blog masa awal raya yang lepas.
so agak lama lah jugak tak update kan?

kali ni takde ape yang aku nak cite sgt pon.
mcm biase semester 5 dah habis, skrg tgh tggu kemunculan semester 6 plak.
lps tu, habis! yeayyy yabeda beduuuuuuuu #mulut muncung

oh hari ni tarikh cantik!
09.10.11
:)
oh that's my bff's birthday!
Azmira Farida binti Muhd Fairuz David



Dear my bff, Mimi.

Dah lama jugak kita tak jumpe kan. Yela last aku balik hari tu pon kita tak sempat jumpe. Sekarang aku dah cuti sem pon still kita tk jumpe lpk borak2 lagi. Sejujurnya, aku rindu sgt friendship kita yang dulu. Rindu sangat2. Sekarang mungkin kita dah kurang rapat. Masing2 busy dengan life masing2. Kau bekerja, aku plak masih belajar. So mmg jarang sangat kita jumpa. Kadang2 tu, bile jumpe balik, tetibe terasa awkward. Apesal ntah. Maybe sbb dah lama tak jumpe n huha huha kot, hmm mcm dulu. Kadang2 tu aku jeles jugak tgk kau dah rpt dgn orang lain. Aku mcm tak sabar nak pgg duit sendiri mcm kau. Seronok je aku tgk kau dgn eyra setiap hujung bulan pegi shopping together. Korang boleh share mcm2, sbb masing2 dah berduit kan. Hmm bile lah aku nak merase mcm tu. Kalau teringat time sekolah dulu, kita rapat sangat kan Mi? Pegi mane2 je mesti berdua. Pegi sekolah sama, blk sekolah pon sama. Semua benda kita buat sama, n kita sekepala. Aku rindu gila kita yang dulu. Even kita dah tak rapat mcm dulu, tp aku still anggap kau kwn aku yg no 1. Kau kawan yang aku paling sayang. Sebab kau lah satu2 nya kawan yang boleh share susah n senang sama2. Aku sayang kau, n aku sayang friendship kita. Biar ape pon jadi, aku akan sentiasa ade dengan kau. :)

Wish you Happy Birthday! Semoga sentiasa diberkati Allah, dipanjangkan umur, dan dipercepatkan jodoh.hehe Semoga gembira dengan orang tersayang ye. #ehem ehem :D


#err hadiah ade, tp tertinggal dekat kolej plak. padahal alasan je en. sabar tau. kikikiki


Oh ye, korang ingat tak pasal post 'Wanginyee wanginyee'
hmm tak ingat lettewww
ha kalau rajin click le dekat ayat tu.

Nak ringkaskan cerita aku dapat perfume yang aku nak sangat2 drpd Mr Rabun sy :D
It was for my birthday present.
hihihihi #gedik plak kau kan sha.



hehe ni lah perfume nye. 
tak sangka dia sanggup cari.
sayang awak lah! hihi
thank youuuuuuuu ;)