#88 petua untuk orang macam aku.
Alasan kau tak boleh nak poyo lagi ke Sha?
heheh.
bukan ape, aku memang kekurangan idea nak update ape. hue hue hue. Lagipon time2 cuti ni lah nk melayan Qaleesya kan, nanti dah masuk semester baru, rinduuuuu diaaaaaaa :(
Okay Sha, tak payah nak dramatic sgt.
Sekarang telatah Qaleesya makin comel dan bijak. Geram sangat dengan dia. Dah pandai tiru gaya kita balik. Cepat tangkap ape yang kita tunjuk dekat dia, pastu teros dia ikut. Bile tengok dia mcm tu, hati keibuan aku terus tersentuh. hahah bajet mcm aku dah beranak je en. Latest yg aku paling suke, bile tengok dia gelak lama gila, dengan penuh tawa riang, ayat nak da voom je en walaupun 3 kali terjatuh terlentang dkt lantai, dia masih mampu sambung gelak. huahuahua. bukan gelak huahuahua la, gelak dia comel ala2 ringtone baby tgh gelak tu. heheh. Tak percaya? Tengok video ni :
Haa dah percaya sekarang? hue hue hue. Aku cadangkan dekat kakak aku suro hantar video tu dekat TV3 untuk rancangan Nona, sebab setiap kali akhir siaran, akan ade segment video pilihan. So aku rase macam sesuai je kalau nak post video ni. :D
Okay mcm biase, aku selalu lari topic. Aku sebenarnya nak share petua2 yang aku dah cuba godek2 dekat Google. Aku cari petua yg boleh diterima akal jugakla. Sebab ade jugak petua yang kita tak boleh main serbu ikut je. Takot ade kesan sampingan. Kali ni aku nak share petua menghapuskan jerawat. Sebab aku dah agak ketensionan dengan jerawat yang tumbuh dekat muka aku ni. Dah la sakit...argghhh! sound effect cket, heheheh. Aku ni kalau korang nak tau, suke main hentam je makan ape. Semua yang aku nampak and rase sedap, semua aku sumbat je. Padahal sebenarnya kalau korang nak tau, selalunya jerawat ke ape penyakit ke, terjadi sebab kesan makanan yang kita makan jugak. Bak kata omputeh, "You are what you eat." Tapi ade jugak yang bernasib baik, yang kulit dorang jenis tak sensitive, dorang melantak ape pon, muka dorang maintain licin, bersih, lembut bak sutera. Okay over.
So sebelum banyak plak aku nak menaip tapi petuanya tak muncul2, baik aku share dengan korang petua2 yang aku dah godek2. hiuhiuhiu :D korang boleh try salah satu drpd bawah ni :
- Bersihkan muka macam biasa. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. *mcm senang je kan?
- Tutup muka dengan kain yang lembap selepas mencuci muka. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit, kemudian pakai penyegar muka. *wap air teh pon boleh jugak sebenarnya.
- Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
- Rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
- Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air sehingga lumat. Sapukan pada muka dan biarkan ianya kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
- Basuh muka dengan basuhan air beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. *okay ni nak cuba! sebab senang. heheh
- Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari. *ni pon nak cuba!
Bolehlah pilih mane yang korang rase nak try :) Kalau dari segi pantang makan pulak, selalunya depends dekat individu tu ade alahan ape. Kalau macam aku ni, aku tak boleh makan kacang, nnt confirm kejap je dah 'toinkkk' tumbuh musuh ketat kulit muka aku tu -.- and rasenye seafood pon aku tak boleh kot, ni tak sure lg. Alaaaa tapi seafood kot! Gila sadis kalau tak dapat makan. huwaaa huwaaa :'( fav tuuu
Seeloknya makan makanan berkhasiat la, macam sayur sayuran, buah buahan, and kurangkan makanan yang berminyak.
Okay sekian tips drpd saya, Neelofa, eh salah! Kim Kardashian. Eh tak jugak, Fazura laa. :D
psst : panjang plak entry aku kali ni. heh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kesiannya tgk dia tersekat kat langsir.. tapi comel lorh.. alolo
comel kan? hehe
Post a Comment