#69 cerita JUVANA kat tv3


Penah tengok cerita kat atas ni tak? Cerita ni best taw, banyak sangat pengajaran dia. Bile dah kua cite cmni baru la kita tau dunia realiti sebenar. Selama ni ada yang tak tau, ada yang tau, yang tau tu pon tak ramai rasenya. Eh eh aku ni bukan main cite pom pam pom pam, korang tau tak aku cite pasal ape ni?

Oh meh cni aku ceritakan secara ringkas cerita JUVANA ni. Drama bersiri ni  ada 13 episod. Cerita ni mengisahkan Daim Yahya yang dilakonkan oleh tunang cik Shera Ayob, Zahiril Adzim, dia seorang remaja yang dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Kemudian Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ sehinggalah cukup umur kemudian dia akan dibicarakan ke mahkamah. Bront Palare yg hensem tu pon berlakon taw. Tapi dlm cerita ni dia jadi watak jahat, iaitu warden yang tak mempedulikan Daim yang dibuli dan dibelasah oleh penghuni asrama yang jahat. Nama dia dalam cerita ni ialah cikgu Raja.

Cerita ni menunjukkan realiti sebenar bagaimana kehidupan pelajar pelajar yang belajar di sekolah pemulihan akhlak. Budak yang kuat selambe derk je belasah budak yang lemah. Sumpah bile tengok cerita ni rasa mcm kejam sangat je budak2 jahat tu. Agaknya kalau yang realiti lagi terok lagi dasyat lagi sadis drpd apa yang ditunjukkan dekat tv ni. Aku tengok Daim tu kene belasah, kene paksa minum air sabun pon aku rase nak baling je remote dekat tv. *haha bajet marah en. Bengang weh tengok budak jahat tu belasah budak2 yg lemah tu, kalau aku masuk sekolah tu, aku belasah budak tu, aku dah la KAK LONG. *haha ni paling tipu. 

Tibe2 teringat masa aku zaman sekolah menengah dulu, nakal gak aku oh. Aku dulu suke kawan dengan budak2 laki kelas aku, sbb dorang ni best, sekepala. Eh bukanlah aku tak kawan langsung dengan kwn perempuan ye. Dulu aku penah je ponteng kelas, ponteng sekolah, buli budak. HAHA. Masa zaman sekolah rendah dulu, aku dengan bff aku, Ila selalu je buli budak laki kelas kitorang. huahuahua. Padahal dia pengawas sekolah, aku penolong ketua darjah, terok btol en? :D Sampaikan ketua darjah tu pon kitorang buli, sebab dia lagi pendek drpd kitorang.hihi Aku penah buli sorang budak laki ni sampai curah air kat kepala dia sbb dia taknak bg aku tengok pencil box dia. haha jahat tak jahat tak?

Masa form 5 dulu ade sorang budak perempuan baru masuk kelas aku. Aku plak peramah and gedik itik pegi la tegur2 budak tu, last2 kawan la kan. Pastu ade satu hari aku ajak dia makan kat luar sekolah, tapi mak guard tak kasi kua sekolah, eleh nak g makan je pon, bukan nak ponteng pon, kecoh ah mak guard tu. Pastu aku tros ajak dia panjat benteng sekolah, dia takot, tapi aku paksa gak. Sampaikan budak2 kelas lain yg tingkat 2 nampak.haha Aku ajar bukan2 je kan? hihi Yang paling aku tak bole lupe masa kakak aku tipu aku pasal sekolah Henry Gurney. Dia cakap dengan aku, "Tasha, hang nak masuk satu sekolah ni tak, best, sekolah yang terpilih" aku pon jawab, "Oh sekolah ape?" kakak aku jawab "Sekolah Henry Gurney, best taw sekolah ni, orang putih punye sekolah" Aku pon dengan noob dan excitednye "Nak weh, cmne nak masuk?" Tros kakak aku gelak mcm tenuk tade napas, bukan nak jwb soalan aku. Siot je. Mase tu aku tak tau lagi tu sekolah ape. hahaahaa

Kadang kadang tu, bukan semua pelajar yg belajar dekat situ jahat. Ada sebab kenapa dia buat jenayah tu. Contoh macam Daim ni, mungkin ada kisah di sebalik kenapa dia sanggup bunuh ibunya sendiri. Pendapat aku la, sepatutnya mahkamah patut selidik kehidupan defendan sebelum tu, yelah mane tau dia mengalami tekanan emosi dan mcm2  lagi. Pada peringkat umur remaja, umum sudah tau yg remaja senang memberontak, dan sepatutnya dorang ni diberi peluang cerita perkara sebenar apa yang berlaku. Janganlah main nak hukum je. Btol tak korang?

Ha tu jela nak cite. hihi. Tak tau nak taip ape dah.



*mentang2 aku duk umah, semua cerita aku tau en. sorryla kalau awak semua bosan baca :D

6 comments:

Zul Idzham said...

gile nakal u time2 skola.nasib i x kenal u time tu :p

fatin natasha :) said...

haha nakal2 lah best :D

♥ nana i am ♥ said...

haaa akak tengok cerita ni semalam.tapi sikit je laaa ;) mimi nak tengok cerita asmara 2..huhu.
kalau jadi student yang baik sangat pon tak boleh jugak kan.HIKHIKHIK

fatin natasha :) said...

haha cerita ni best kak, tp time kene buli tu mcm panas ati gak la. tu lah, jadi student yg nakal2 cket pon okay kan kak. hee

dochi said...

nak masuk henry gurney ?
alahaiii inesen betul kamu .
hahhaa .

fatin natasha :) said...

kan? sangat inesen. HAHA