#67 kelegaan yang tak terkata .



maaflah awak semua, saya takde pembuka kata/bicara like hi! hello! or Assalammualaikum. anggapla setiap entry saya, saya dah ckp semua tu. hehe :D


first sekali, sila ucap tahniah dekat aku sebab aku dah berjaya menghabiskan semester 4! yeahh, okay bunyi agak poyo tapi sumpah kelegaan yang teramat sangat, sebab hilang segala beban, stress yg aku tanggung selama aku kat sem 4. supposely, every semester we should go through the excitement and fun with friends. maksud aku sambil study sambil fun jugakla gilaa. takde la main2 je.

bende tu semua aku rasa gila mase sem 1 & 2. Sumpah rindu gila housemates lama, tapi ape bole buat, dorang semua dekat Jengka :( Bukanlah nak ckp sem 4 ni housemates tak best, tapi ade satu peristiwa yang aku tak bole nak lupe semasa sem 4 ni.

Peristiwa yang byk bg lessons kat aku, yg byk jugak bg kesakitan kat hati aku ni. Lepas berlakunya peristiwa tu, baru lah aku dapat tau sape kawan sape lawan. Bila aku sorang2 berperang lidah dengan orang yang sememangnya aku tak bole nak ngam, takde sorang pon yg dtg dan tolong. semuanya diam, sepi, seolah2 mereka tidak pernah berkata apa2 tentang budak itu.

aku dihentam teruk, seolah2 aku ni sejahat2 manusia. Apa yang aku rasa time tu, Tuhan jela tau. SAKIT yang teramat sangat. aku terasa betrayed, kene tipu dengan orang yang aku percaya, dan semuanya menuding jari dekat aku, seolah olah aku ni jahat sangat dekat dorang. Masya-Allah. jahat sangat ke aku ni? Selama ni aku cuba jaga hati semua kawan2 aku, sampai kadang hati aku sendiri pon aku tak terjaga, sebab taknak ade mslh timbul antara kawan. aku tak tau apa lagi aku nak buat nak puaskan hati semua orang.


penat. ye, aku sangat penat hadapi sem 4 ni, sungguh aku ckp, aku tak kuat. aku bagai nak gila, bila dorang biarkan aku sorang2, masa tu jgn tny la ape aku rasa. yg aku tau aku kene jadi kuat, aku kene jugak jadi kuat. prinsip aku 1 je, kalau dorang rase dorang tak perlukan aku sbg kawan dorang lg, aku tak kisah, sebab ramai lagi yang nak kawan dengan aku. kadang2 dlm dunia ni, kita jangan terlalu mengharapkan kawan or orang lain, sbb bila kita ditinggalkan, kita akan down gila, so kenela jadi kuat.


selepas peristiwa tu, aku mmg decide nak diamkan diri, dan buat hal aku sendiri, kalau dorang tak bole terima aku sebagai kawan, takpe, aku masih ada kawan yg lain. Aku langsung tak update dekat status fb pasal peristiwa tu, tak bercerita dekat blog apa yang terjadi. Bagi aku, enough is enough. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Kalau kau dgn kawan kau nak pulaukan aku, buatlah. Aku boleh hidup tanpa korang. Aku rela hilang kawan drpd hilang family.


tapi ade satu yg buat aku terkejut, bila mereka cakap pasal aku dekat twitter. Lagi2 orang yg aku sangat percaya sebelum tu, bole ckp macam2. masa tu apa yg aku rasa, jantung aku mcm nak luruh. Alasan kenapa dorang cakap dekat twitter? Sebab masa tu aku takde create account twitter lagi, dan takdela aku baca bnde tu semua. Hmm takpe, aku sabar lagi. Pastu tak cukup dengan tu, budak yang aku gado tu try nak buruk2 kan aku dekat kwn aku yg dekat jengka. Tapi aku takde rase dendam ape2 pon, bagi aku ni semua mcm ujian buat aku jadi lebih kuat, dan aku masih anggap dorang kawan aku kecuali dia.

Okay ni satu mistake aku, dia pandai kan, masa tengah baik, suro aku cerita itu dan ini, dan aku ni cepat percayakan orang, aku pon cerita la. Dan drpd cerita aku tu la dia bole buat senjata dia utk jatuhkan aku. Dia sampai sanggup nak cerita dekat kwn aku yg dekat jengka, yg langsung takde kene mngene dengan Pilah, utk bg kwn aku tu benci aku. tak cukup dengan tu, kau update status yg macam2 dekat fb kau, siap ugut nak bunuh aku, tak cukup lagi, kau update blog kau, cerita pasal aku, kononnya aku ni sangat jahat, kononnya kau tu teraniaya dengan aku, kononnya kau sangat berhati suci sebab dianiaya sebegitu rupa. Still, aku sabar lagi.

Padahal hati aku meronta ronta, aku rasa macam nak jerit depan kau, nak luahkan segala apa yang aku rasa. Tapi nk buat mcm tu dekat orang seperti kau, aku tak rasa bnde tu efektif, kau sendiri tau diri kau mcm mana,  slogan hidup kau 'mesti mahu menang'. Aku amik keputusan untuk diamkan diri, dan biarkan ape je yg kau nak kutuk aku. Sumpah aku sabar weh, aku sabar selama sem 4 ni.

Panjang lagi cerita kalau nak diikutkan, macam2 yang aku kena dengan kau weh. Kalau aku mangsa pertama kau, aku boleh terima, yg aku salah tafsir pasal kau, tapi bukan aku sorang weh. Orang yg pnah 1 rumah dengan kau dah masak dengan perangai kau, dan dorang sendiri penah rase ape yang aku rase mase dengan kau. Cukuplah weh, aku berterima kasih atas segala jasa yg kau dah bg kat aku. Segala apa barang dan makanan yg aku pnah bg kat kau pon aku dah halalkan. Aku tak penah rase terok kene mcm macam mana aku kene dengan kau.


Selama ni aku pendam apa yang aku rasa pasal kau and sabar dengan semua yg jadi kat aku. Aku cuba bertahan untuk duduk di rumah tu lagi. Kau cakap aku cerita pasal kau dekat orang lain. Habis kau expect aku kene bertahan sorang2 dengan apa yang aku kene, aku kene pendam sorang2, cmtu? apa hak kau nak halang aku luahkan ape aku rasa dekat kawan aku? sebab kau takot orang pandang serong dekat kau? takot nama kau terjejas? hmm. aku sebolehnya taknak benda ni jadi kecoh. tapi kau yang mulakan dulu. bukan niat aku nak mengungkit balik cerita lama, tapi Tuhan saja yg tau apa yang aku rasa selama ni.


Aku nak mintak maaf dekat korang kalau selama kita kenal, aku byk sakitkan ati korang or ape2 je yg buat korang tak selesa. Tapi itu bukan alasan untuk korang buat aku camtu. Emosi aku terganggu mase tu, semua bnde jadi tak kene, nak belajar pon jadi tak selesa. Kalau aku jahat sekalipon, tak patot korang buat mcm tu, seolah-olah takde satu pon kebaikan yang aku penah buat dkt korang. Pikirla kalau korang di tempat aku ape yg korang rase.

terima kasih banyak atas semuanya, harap halalkan semua benda yg penah bagi kat aku. TERIMA KASIH. :)

5 comments:

Anonymous said...

Maafkan kita jugakkk sha :(( sobsob

fatin natasha :) said...

lah hudaa, takde pape la, aku okayla dengan kau. aku pon mintak maaf jugak. kita bukak buku baru okay . :)

Syuhada Baharudin's Blog said...

Pengajaran nya jangan cepat percayakan orang & jangan cepat buat tafsiran tentang seseorang. Depan dia baik, belakang kita tak tau. :)

fatin natasha :) said...

baik syu! :) rindu nak dgr syu membebel.hehe :)

Syuhada Baharudin's Blog said...

Nanti kita jumpa, ha... dengar lah Syu membebel. Jangan menyampah pulak. ;P