#86 semuanya tentang dia.

Attention : Entry ni tersangatlah panjang, kalau mampu baca, silakan :)



Dia, Mohd Zul Idzham Bin Zulkafli adalah orangnya. Perkenalan yg langsung tak dirancang semester lepas bagi aku sejuta makna. Padahal kitorang dah sama kolej since sem 1 lagi, tapi tak pnah plak kitorang kenyit2 mata tegur tegur. Tapi dia ckp kitorang penah sekali tegur dkt Alamanda dulu, tapi aku tak ingt bile. 

Sampai lah dah pindah UiTM Kuala Pilah mase sem 3 pon still kitorang tak bertegur. Maklumlah time tu pon dia dah ade orang tersayang, so mmg taklah dia nak kenyit2 mata kenal dgn aku. Tengah in love dengan gf kesayangan mane mau pandang orang lain. Tapi baguslah, setia namanya. Aku plak mase tu baru heart broken dgn ex aku, and mase sem 3 pon aku rapat dengan orang lain. Kalau sesiape yg sebelum ni ade baca blog aku, aku ade tulis pasal orang itu, tapi post tu dah delete lah tapi.hehe Hbgn aku dgn orang tu tak boleh nak lebih drpd kawan, sebab aku lagi selesa berkawan je dgn orang tu.

Masuk sem 4, pada awalnya kitorang masih tak bertegur, sampailah kitorang sama class Mandarin. Aku yang sememangnya dari dulu minat bola and minat Man U, akan update status aku dkt fb setiap kali game Man U ade. Dan mesti dia comment. Kononnya dia pon peminat setia Man U, tapi memang btol lah. heh :D Bile dlm class plak si dia ni still malu2 nak tegur aku, buat2 mcm tak kenal plak, padahal kalau dekat fb bukan main rancak lagi chat dgn aku. Bengkek jugakla aku mule2, yela depan2 mcm sombong plak, rse nak cepuk je dia. rawrr. Kebetulan mase tu dia baru2 je lagi putus dgn ex dia, so maybe keyakinan terhadap pompuan tu dah takde, maybe ke arah laki? oh tidak tidak!


ape terok sgt aku ni kutuk boyprengg sendiri! -.-"


sampailah ade 1 hari ni ade listening test for mandarin, laoshi suro student anjak duk ke depan and suro duk rpt2. Tetibe dia drpd blkg bwk kerusi duk sebelah aku. dup dap dup dap jugaklah aku time tu. tapi buat2 cool. ecehh :D ha start dr situ lah kitorang jadi rapat. Daripada selalu chat dekat IM, kitorang chat dekat skype plak. Ade je topik nak di pot pet kan.  Sebab aku ni suke bahan dia, dah keje aku dr sek asek buli budak je en, so mmg dia selalulah kene dengan aku. Sekarang je dia dah lain, aku plak selalu terkene dengan dia. what theeeeee. haha Tapi yang pasti kitorang rapat SELEPAS dia putus, even sebelum dia putus pon kitorang tak bertegur pon lagi. So aku berharap sangat orang yg berkenaan tak anggap aku ni rampas dia drpd sesape.

Then selepas dinner NOI, aku tido senyum, bgn tido pon senyum, makan pon senyum sampai mknn tu tak luak2, nak mandi pon senyum, senang cite 24/7 aku senyum je memanjang. falling in love lah katakan. okay 24/7 aku senyum tu nampak sangat tipu, dah bole masuk hosp gila sebab ade symptom2 kurang siuman. heh Sebab lepas dinner tu lah dia dah confessed dekat aku. Senang cite our r/ship amik mase yang singkat utk declare. Keserasian tu dah ade, and byk sangat kebetulan yg sama. tapi bukan lps dia confessed tu kitorang tros official. Kene jual mahal dulu beb. Aku ckp aku nak tggu afta final baru ready utk pk semua tu. Fortunately, dia pon sanggup tunggu. wah class gitu. sementare tu ade je bnde yg dia buat bg aku lg fall for him. Contohnya seperti INI

Bagi aku dia bukanlah seorang yg romantik or sweet, tapi bile dia dah sayang org tu, dia akan btol2 tnjuk sayang dia. Itu yang aku nampak and rase lah. Sebab selama perhubungan kami dia sangat2 tunjukkan effort dia nak bagi aku happy. Boleh nampak lah keikhlasan dia tu. Tapi aku ni pulak, tersangatlah ego, susah nak percaya and sayang dia sepenuhnya lagi. Bukan ape, takot terluka lagi. Aku siap bgtau dia yang aku mcm tu, tapi dia cakap "Takpe, asalkan u sayang i, walaupun cket, i tetap sayang u"

Dalam hubungan, tipulah kalau takde dugaan, takde gadoh2 kan. Tapi alhamdulillah, setakat ni kitorang tak penah gado terok lagi. Selalunya kalau gadoh or salah phm pon sekejap je. Sebab masing2 tak suke gadoh lama2, taknak bnde tu jadi meleret. Sejujurnya, dia sangat sangat penyabar. Aku kan ego, so selalunya dia yang akan mengalah, walaupun sbnrye bukan salah dia. Kadang2 tu tersentuh jugak dengan sikap dia yang penyabar tu. Yela, bile tengah ade problem ke, dia akan settlekan bnde tu dengan cara yg lembut n baik2 je. Penah sekali tu, aku dah nak menangis sebab sebak dia cakap baik2 n lembut je dengan aku, sebab nak bg reda kemarahan aku.

Dia jenis yang tak berkira. Maksud aku, dia tak pernah nak berkira dengan aku bile kitorang keluar sama. Dia tak kisah nak spend duit dia untuk aku. Selama aku ade boyprengg kan, aku tak pernah lagi jumpe lelaki yang sanggup berhabis duit byk utk aku. Sebelum ni ade lah jugak yg belanje, tapi tak sebanyak dia. Dia lah satu2nya laki yang aku rasa, sangat tak kedekut. Tapi jangan salah paham pulak, aku bukan lah pengikis. Tak terlintas langsung kat fikiran aku nak jadi camtu. Aku tau limit, dia bukan suami aku lagi.

Kalau daripada segi pengorbanan, banyak sangat yang dia dah berkorban untuk aku. Walaupun bagi dia, itu bukan pengorbanan, tapi bagi aku, itu dah cukup buat aku rase dia dah banyak berkorban untuk aku. Kalau nak cerita dekat sini satu2 ape yang dia dah korbankan, haih lenguh tangan aku nak taip. Sebab, terlalu banyak. Dan dia langsung tak pernah merungut and mengungkit. Seems like semua tu dia buat dengan seikhlas hati dia.

Orang cakap dalam hubungan tu kene ade keserasian and tolak ansur kan. Awal perkenalan kitorang lagi aku dapat rasekan keserasian yg ade antara kitorang. Dia boleh terima cara aku, aku boleh terima cara dia. Sebab perangai kitorang ni lebih kurang sama je sebenarnya, otak gila2, gelak huha huha, suke buat cerita merepek, sampaikan kawan2 kitorang sendiri cakap yg kitorang ni suke merepek. haha :D Ni yang aku paling suke pasal dia, aku buat cerita lawak or merepek, dia akan layan je, takpon dia akan sambung cerita tu. last2 kitorang gelak sendiri, orang lain yg ade dekat situ takkan paham ape yg kitorang cerita and gelakkan. Haha saat2 mcm tu aku suke sangat, sebab boleh buat aku ketawa sampai kua air mata. Kalau tolak ansur pulak, dia sangat beralah kalau ape2, sebab dia jenis tak suke panjangkan masalah. :) Tapi aku pon ade jugak beralah ye.

Dari segi persamaan pulak, hmm banyak sangat persamaan kitorang. Kadang2 tu mcm kebetulan je. Ape yang aku minat, dia pon minat. Bukan sebab tiru ke ape, tapi dah memang kebetulan sama. So kitorang boleh share minat kitorang tu :) Tapi taklah setiap bende sama. Contohnya, dia layan anime, aku tak. Dia suke baca komik, aku tak. Aku suke makan durian, dia tak suke. Aku putih, dia gelap. Oh ni tak boleh bezakan ea? hahah again aku kutuk boyprengg sendiri, sorry sayang :D

Senang cerita, aku bersyukur sangat dekat Allah, sebab temukan aku dengan dia. Aku rasa dia adalah anugerah Allah buat aku. Aku happy dapat kenal dia, dan jadi org yg penting dalam hidup dia. Aku rasa kehadiran dia menyempurnakan hidup aku. Btol lah setiap bende yang berlaku, memang ade hikmahnya. Afta terluka dengan ex aku dulu, aku jadi down gila, takde semangat, setiap malam nangis and setiap hari sedih. Dalam masa 2 bulan jugak lah aku macam tu. Susah sangat nak lupekan ex aku tu, sebab aku terlalu sayangkan ex aku masa kitorang couple dulu. Lepas putus je, aku susah nak percaya laki, hati aku jadi keras, aku taknak terluka lagi. Tapi dengan dia ni, dia sangat lain, dia sangat special. Sekeras mcm mane pon hati aku layan dia, dia tetap bersabar. Kesabaran dia tu lah yang buat hati aku jadi lembut balik sekarang. Thank you sayang. :)

Aku tak kisahlah orang nak cakap ape pasal kitorang, tapi aku bahagia dengan dia. Aku terima dia seadanya, seperti mane dia terima aku seadanya. Segala kekurangan aku, and keburukan muka aku, tak mengurangkan rase sayang dia dekat aku pon. Semua dia terima. Itu yang buat aku rase, and terpikir ade ke laki yang boleh terima aku mcm mane dia terima aku. This entry is special dedicated to my sayang. I love you so much. Thank you for everything sayang. 



Ya Allah...
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan.
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam.

Ya Allah...
Tapi aku sangat berharap bahawa dia adalah yang terbaik untukku.
Tapi aku serahkan semuanya itu padaMu ya Robb,
kerana Engkaulah zat yang maha mengetahui semua kebaikan.
Amin ya Robb.






p/s: Yeayy raya tahun ni dapat raya dgn boyprengg! :D

Wordless Wednesday #2


THIS




OR





THIS ?


i want those hair so badly.




p/s : terlambat sehari update. simpan dkt draft buat pekasam :D

#85 bila sedih...

hai. malam ni nak cerita sedih cket.
ntah kenapa mood emo cket mlm2 buta cmni.
nak menangis pon ade.
nak guling2 dekat atas katil pon ade.

sebenarnya bukan NAK menangis,
tapi dah nangis pon.
sedih sangat.
kenapa sedih? ntah. susah nak describe kenapa.

bila kita ingt moment moment happy dengan si dia,
automatic kita akn senyum sorg2 mcm org gila,
sampai ade cili melekat dekat gigi pon dah takde rase malu bile senyum
semua sebab si dia.

tapi bile gadoh, hmm tros jd passive.
drpd org yg kecoh suke huha huha, suke jerit jerit, suke gelak gelak
boleh tetibe jadi pendiam
semuanya sbb mood dah hilang..

maaflah bile tgh sedih mcm ni, semua bnde jadi tak kene
nak taip post ni pon takde idea sebenarnye
main taip ape je yg tgh berlegar2 dekat otak
takpelah, aku tak rse pon ade org nak baca post aku ni

yelah aku bukan blogger yg famous
yg ramai org tak sabar2 nak click post yg baru di-update
lagi2 sekarang ear phone dah psg dekat telinga
pastu siap pasang lagu jiwang, lagu sedih, lagu syahdu

memang buat air mata ni lagi laju la kan
aku rindu aku yang dulu
yang ceria, aktif, yg suke bahan2 org, yg suke usik2 org
yang suke gelak kuat2, gelak mcm bunyi kuda

oh TFE ckp bunyi gelak aku mcm org takde napas
Mimie plak ckp mcm bunyi nak start enjin kete buruk
haih mcm mcm plak korang nak komen kan
dah mcm aku masuk pertandingan bunyi gelak paling comel

takpela weh, sebenarnye aku happy je bile korang gelak tgk telatah aku ni
ye aku mengaku, aku ni mmg clumsy atau dlm bahasa jawa, kelam kabut
penah aku kene gelak dlm cls sebab aku baca buku yg lecturer suro tu laju2
dengan bunyi sedu nya. dorg ckp dah mcm org kene paksa baca.

bile ingat bnde2 cmtu, boleh tergelak sorg2 mlm2 cmni. haha
aku nak mintak maaf dekat dia, sebab selama ni byk sshkan dia
pastu mintak itu mintak ini
banyak sangat songeh aku ni

aku pon tak tau knp dengan dia aku boleh mcm tu
padahal dulu, malu yg amat nak mintak mcm2 dekat boyprengg
tapi dengan dia..hmm ntah
dia ni special cket, sangat special.

tak tau nak ckp cmne specialnya tu
tapi dia ni sgt memahami, sangat penyabar, sangat menghargai, dan sangat penyayang :)
sejujurnya aku sgt susah nak puji dia mcm ni, mmg sangat susah.
sebab ego aku tinggi, mengalahkan ego lelaki.

ntahlah, bukan aku saje2 nak jadi ego, tapi aku rse dengan laki ni kita kene ego
sebab aku taknak dorg ingat kaum perempuan ni lemah
tapi si dia ni, dia sangat sabar dengan aku
aku ego mcm mane pon, dia akan tetap sabar

ape je yg aku mintak dekat dia, dia akan cuba sedaya upaya tunaikan
bile aku tgh susah, dia sentiasa ade dengan aku
and bile dia tgh happy pon dia tak lupekan aku
seboleh2nya dia nak share semua benda dengan aku.

bile aku perlukan pertolongan dia, tak penah lagi dia ckp 'tak boleh'
lagi2 kalau aku tgh sedih, dia orang yang paling cepat dapat detect
oh yea, orang kedua yg boleh cepat detect ialah Futan, syg awak Futan. muah muah! :)
dan aku nampak effort dia untuk jd yg terbaik buat aku.

ikutkan, dah mcm2 bnde aku uji dia
sampai Futan marah sebab aku buat si dia risau dan resah katanya
tapi dari situ aku boleh nampak effort dia untuk selamatkan hubungan kami
aku boleh nampak betapa dia sangat sayangkan hubungan kami.

tapi aku...aku tersangatlah ego, kalau boleh setiap bende aku nak menang
sebab aku taknak tunduk dekat dia
hati aku dah jadi tersangat keras, semuanya sebab pengalaman lalu
pengalaman lama yang buat hati aku keras mcm sekarang

tadi aku agak tersentap cket dengan dia
maybe skrg dia dah terpikir yg aku ni bukan btol2 nak dia
tapi sebab nak mintak macam2 je dekat dia.
ya Allah , sangat tidak betul kalau dia pk aku mcm tu

ego mcm mane pon aku, hati aku mmg ikhlas sayangkan dia
tapi bile dia dah rase mcm tu, aku dah rase mcm...
mcm dia dah mule fed up dengan aku
sebab mungkin aku dah byk sgt susahkan dia

hmm terase sedih sgt dan rse bersalah sbb dah byk sshkan dia
kalau boleh lepas ni, taknak susahkan dia dah
taknak mintak dia ape2 dah
kalau dia dah tknak aku lg pon aku redha

janji dia happy. :')

#84 Chempaka pakai skirt baru ;)


Kenal tak budak comel kat atas ni? ni lah Chempaka Marissa.
Anak buah Mr Rabun saya. :D


Skirt comel yang Chemp pakai ni aku dgn si dia hadiahkan masa birthday
Chempaka hari tu. :)
Comel kan dia pakai? dah mcm nak menari tarian ballet kan? hihi


nah pose special daripada Chempaka. :)


ni lah skirt yg kitorang hadiahkan tu :)
Okay sangat teruja dapat tengok dia pakai skirt ni.
Mestilah kan, sebab aku yg pilih skirt ni aritu. hehe
Kalau boleh teringin nak tgk depan2 Chemp pakai skirt ni.
Pastu nak muah muah pipi dia. hehe

Wordless Wednesday #1


i miss my baby
i miss her so much :'(