#73 kenapa kena bertunang?


Ingat lagi tak post sebelum ni, hehe ala yg tetibe 'to be continue' tu? haha. Haaaa ni lah sambungannyeee. :D Mengikat tali pertunangan ni selalunya adalah step untuk pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. First step selalunya kalau mengikut adat orang Melayu, keluarga daripada pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan, untuk datang merisik. Kene la risik risik dulu kan, kot kot si empunya badan tu dah berpunya belum, kang kalau terus datang meminang, bahaye plak kalau kalau si perempuan tu isteri orang. yetak? 

Tapi kalau ikut zaman skrg, selalunya pihak keluarga perempuan dah tau yang datang meminang tu keluarga si buah hati anak mereka. So dorang buat sekali jela, merisik dan bertunang. Masa majlis pertunangan ni la keluarga daripada dua belah pihak akan berbincang tentang majlis perkahwinan yang akan diadakan. Berapa duit hantaran ($$$$$$ O.O hehe), berapa dulang hantaran, bila nak dilangsungkan, macam2 lah lagi. Bila dah settle bincang baru lah bakal ibu mentua menyarung cincin dekat si jari manis tuan empunya badan. Mase tu confirm cover ayu, sopan santun semua dpn bakal mentua. HAHA


Ha bila tang persediaan majlis pertunangan ni, woahh bukan main lagi sekarang. Masing masing nak buat pelamin yg simple and comel macam contoh gamba dekat atas ni. Kalau dulu dulu, si gadis akan tunggu dekat bilik yg sudah dihias, tak lah duduk kat luar. Tapi sebenarnya bagus jugak buat dekat luar, takde la orang kerumun nak masuk bilik si gadis tu, kalau kat luar semua orang boleh tgk. btol tak? :)

Tapi sebenarnya ape yg aku nak share dengan korang ni bukan pasal persediaan untuk majlis pertunangan, tapi pendapat masing2 pasal pertunangan. Yelaa, kadang ade je pasangan yang tak bertunang pon, terus akad nikah je, kirenya buat mane yang wajib je. Tapi ade jugak yg rase patut bertunang, so dlm tempoh bertunang tu la kita akan ada masa persediaan untuk kahwin, and sambil tu boleh lagi kenal dengan lebih dekat si tunang tu. Yela, kot kot ade bende tak kene kan, sempat lagi nak putuskan pertunangan, kalau dah kahwin susahla kan, sebab dah terikat dengan orang tu. btol tak?

Tapi bagi yang rase tunang tak perlu pon btol jugak, yela, yang wajibnya nikah. Tu yang penting. Tapi kalau aku, aku nak tunang, hehe Kalau tunang dapat cincin, nnt nikah pon dapat cincin lagi, tu pon ntah2 dapat rantai, gelang, subang, konon2 serba satu lah kan. Sape taknak kan! haha


Ha ni aku nak tunjukkan lah cket gamba gamba yg aku tangkap mase pegi wedding anak kwn mama aritu. Lawaaaaa weh! theme wedding tu, red + gold + white. Memang awesome! Sebab combination warna yang menarik. Masuk2 je dlm dewan tu, mata tros tertumpu dkt pelamin dia, boleh tahan lawa lah. Maybe warna merah tu menarik perhatian kot. Nak tengok? hehe



ha ni lah pelamin nya, nampak simple, tapi cantik okayy



ha ni plak red carpet utk pengantin lalu. :)








kek tak payah nak bertingkat tingkat, 3 tingkat pon cukup. :D




Mama and Atin (my sis) and si budak kecik, Qaleesya :)


Sebabkan dalam dewan tu ade aircond, Qaleesya sampai tertido, lena plak tu. haha


Aww bulu mata Qaleesya yang sangat2 aku suke! hehe




Makanan dekat wedding tu pon sedap2! serious tak tipu, nasi beriani dia marvelous! beras yg panjang tu. pehh. Sila telan air liur ye lepas tengok gambar di bawah.



Ayam goreng berempah. yummy!


Sotong narita , eh sotong ape kita panggil? tak kisahla, ni sotong masak sambal. *perut ttbe bunyi. 


Cempedak masak lemak, masakan kampung. Sedapppppppp


Ha ni lah catering yang menyediakan makanan untuk wedding tu, kepada bakal bakal pengantin, boleh lah mendapatkan perkhidmatan mereka dan menjemput saya dtg ye.hehe :D Tak rugi, btol..sebab makanan dorang sangat sedap, nasi beriani dia yang paling terliur. hehe


psst : gamba pengantin takde la, sorry. Sebab kitorang dtg agak awal lah mase tu, pengantin pon tak dtg lagi.hehe


okay bye, nak kahwin jap, ehhh nak tido jap :D

#71 "awak, ini untuk awak ;) "



Saya tau saya tak penah post pasal awak dekat blog saya, sebab sy dah plan, bila awak nak fly sane baru sy nak post benda ni dekat awak. Selama awak dekat Melbourne nanti , awak jangan lupekan saya ye. Selama 7 hari tu, awak pandai2 lah jaga diri awak dekat sane ye. Kita tak dapat nak contact, tak tahu lagi awak dapat skype ke tak kat sana. Nak call , nak msg , mahal pulak roaming. haih. Takpela 7 hari je kan awak? Bukan sebulan pon. hehe



Rantai yang awak bagi ni, saya akan jaga elok2 ye. Jangan nakal2 dekat sane ye Mr Rabun 



damn, baru tulis bende ni , dah rindu dia. :'(

#70 saya tak suka texting.




Bila terbaca tajuk entry aku kali ni , ape yang korang pikir? Nak pikir ape lagi kan , terang lagi bersuluh aku bgtau aku tak suke texting. Dah tentu tentu la texting on phone. Bende ni subjective , ade yang suke , ade yang tak , ade yang malas , ade yang benci , ade yang obsess , ade yang biase2 je , ade yang kemaruk phone sampaikan kalau bole 24hrs nak texting. MNG! Eh , OMG


Lain plak kisahnye aku ni. Frankly , dulu aku memang suka gilaaa msg , boleh dikire obsess cket2 la. Kalau tak msg tu macam orang hilang anak je nanti. *mane ade, tipu je. Pagi siang malam nak msg , bajet nak update apa yg kita buat lah kan , and nak tau ape si dia buat. Tapi zaman tak matang aku dulu , zaman sekolah , haha maklumlah time tu masing2 tgh baru2 lagi guna phone , kejakunan tu ade lah cket. :D

Teringat zaman kebudak budakan , zaman ketidakmatangan aku dulu , kalau si dia tak reply dalam masa 10 saat, ewah melampau 10 saat , dalam 3 minit camtu , aku akan misscall dia sampai lah dia cancel call aku tu. Konon nak sedarkan dia supaya dia reply , KONON. Padahal mase tu tgh mengalami ke-obsessan msg yg critical. Ishh bile diingatkan balik , rase malu nak mengaku itu dulu aku. T_T


then , sekarang apa jadi dekat kau ?




Aku yang sekarang dah tak macam dulu lagi , woahh ! ekeke. Daripada obsess , sekarang aku sangat berbeza. Aku sangat malas , malas , malas nak msg. Serious ! Aku sendiri pon pelik. Kadang kadang , msg dua hari lepas , hari ni baru aku balas. terok tak ? Tak cukup dengan tu , selalu aku dah taip msg tu , tapi button send tu lupe nak tekan. 8 jam pastu baru sedar yg msg tu tak send pon lagi. Bile nak send time tu , rase cerita dlm msg tu dah basi , "Ah tak payah hantar lah , nanti pandai2 la cakap dekat dia battery kong ke ape" Ha nampak di situ ? betapa malasnya aku.

Aku bukan lah orang yang sweet , pagi2 bangun je tros hantar msg dekat orang tersayang , "Morning sayanggg" oh tidak sama sekali ye . Boleh kire berapa kali aku buat cmtu. Jenis aku , bangun tido je, first thing aku akan buat , tengok muka dekat cermin , then pergi toilet . Pastu buat bende2 lain , yang pasti bukan msg! Aku takkan msg , selalunya si dia yang akan msg bile dah petang2 cket. hehe. Nak teruk lagi ? Kadang , phone aku sendiri aku tak tau aku letak mane. Banyak kali nak kene suro orang call , nak detect bunyi dia. haha.


Kalau lah dengan bf , aku prefer call lagi than msg. Even though sekali dua call dlm sehari pon dah cukup. Takkan nak habiskan masa kita yang sehari 24jam tu dengan phone. yetak? Tapi sebelum tido wajib call. Amboii. haha. Sebab aku sangat tak fokus nak reply msg bile aku tgh lepak dengan membe ke , tengah borak dengan family ke , tengok tv ke. Bende tu semua mengganggu konsentrasi aku nak reply msg. Itu sebab lah aku malas msg. Kalau jenis lelaki yang suka msg drpd call ni , awal2 aku cakap "Maaf , kita tak sekepala ah" haha. Ade paham? :)



Oh yeahh ?

Yeahh. :D




#69 cerita JUVANA kat tv3


Penah tengok cerita kat atas ni tak? Cerita ni best taw, banyak sangat pengajaran dia. Bile dah kua cite cmni baru la kita tau dunia realiti sebenar. Selama ni ada yang tak tau, ada yang tau, yang tau tu pon tak ramai rasenya. Eh eh aku ni bukan main cite pom pam pom pam, korang tau tak aku cite pasal ape ni?

Oh meh cni aku ceritakan secara ringkas cerita JUVANA ni. Drama bersiri ni  ada 13 episod. Cerita ni mengisahkan Daim Yahya yang dilakonkan oleh tunang cik Shera Ayob, Zahiril Adzim, dia seorang remaja yang dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Kemudian Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ sehinggalah cukup umur kemudian dia akan dibicarakan ke mahkamah. Bront Palare yg hensem tu pon berlakon taw. Tapi dlm cerita ni dia jadi watak jahat, iaitu warden yang tak mempedulikan Daim yang dibuli dan dibelasah oleh penghuni asrama yang jahat. Nama dia dalam cerita ni ialah cikgu Raja.

Cerita ni menunjukkan realiti sebenar bagaimana kehidupan pelajar pelajar yang belajar di sekolah pemulihan akhlak. Budak yang kuat selambe derk je belasah budak yang lemah. Sumpah bile tengok cerita ni rasa mcm kejam sangat je budak2 jahat tu. Agaknya kalau yang realiti lagi terok lagi dasyat lagi sadis drpd apa yang ditunjukkan dekat tv ni. Aku tengok Daim tu kene belasah, kene paksa minum air sabun pon aku rase nak baling je remote dekat tv. *haha bajet marah en. Bengang weh tengok budak jahat tu belasah budak2 yg lemah tu, kalau aku masuk sekolah tu, aku belasah budak tu, aku dah la KAK LONG. *haha ni paling tipu. 

Tibe2 teringat masa aku zaman sekolah menengah dulu, nakal gak aku oh. Aku dulu suke kawan dengan budak2 laki kelas aku, sbb dorang ni best, sekepala. Eh bukanlah aku tak kawan langsung dengan kwn perempuan ye. Dulu aku penah je ponteng kelas, ponteng sekolah, buli budak. HAHA. Masa zaman sekolah rendah dulu, aku dengan bff aku, Ila selalu je buli budak laki kelas kitorang. huahuahua. Padahal dia pengawas sekolah, aku penolong ketua darjah, terok btol en? :D Sampaikan ketua darjah tu pon kitorang buli, sebab dia lagi pendek drpd kitorang.hihi Aku penah buli sorang budak laki ni sampai curah air kat kepala dia sbb dia taknak bg aku tengok pencil box dia. haha jahat tak jahat tak?

Masa form 5 dulu ade sorang budak perempuan baru masuk kelas aku. Aku plak peramah and gedik itik pegi la tegur2 budak tu, last2 kawan la kan. Pastu ade satu hari aku ajak dia makan kat luar sekolah, tapi mak guard tak kasi kua sekolah, eleh nak g makan je pon, bukan nak ponteng pon, kecoh ah mak guard tu. Pastu aku tros ajak dia panjat benteng sekolah, dia takot, tapi aku paksa gak. Sampaikan budak2 kelas lain yg tingkat 2 nampak.haha Aku ajar bukan2 je kan? hihi Yang paling aku tak bole lupe masa kakak aku tipu aku pasal sekolah Henry Gurney. Dia cakap dengan aku, "Tasha, hang nak masuk satu sekolah ni tak, best, sekolah yang terpilih" aku pon jawab, "Oh sekolah ape?" kakak aku jawab "Sekolah Henry Gurney, best taw sekolah ni, orang putih punye sekolah" Aku pon dengan noob dan excitednye "Nak weh, cmne nak masuk?" Tros kakak aku gelak mcm tenuk tade napas, bukan nak jwb soalan aku. Siot je. Mase tu aku tak tau lagi tu sekolah ape. hahaahaa

Kadang kadang tu, bukan semua pelajar yg belajar dekat situ jahat. Ada sebab kenapa dia buat jenayah tu. Contoh macam Daim ni, mungkin ada kisah di sebalik kenapa dia sanggup bunuh ibunya sendiri. Pendapat aku la, sepatutnya mahkamah patut selidik kehidupan defendan sebelum tu, yelah mane tau dia mengalami tekanan emosi dan mcm2  lagi. Pada peringkat umur remaja, umum sudah tau yg remaja senang memberontak, dan sepatutnya dorang ni diberi peluang cerita perkara sebenar apa yang berlaku. Janganlah main nak hukum je. Btol tak korang?

Ha tu jela nak cite. hihi. Tak tau nak taip ape dah.



*mentang2 aku duk umah, semua cerita aku tau en. sorryla kalau awak semua bosan baca :D

#67 kelegaan yang tak terkata .



maaflah awak semua, saya takde pembuka kata/bicara like hi! hello! or Assalammualaikum. anggapla setiap entry saya, saya dah ckp semua tu. hehe :D


first sekali, sila ucap tahniah dekat aku sebab aku dah berjaya menghabiskan semester 4! yeahh, okay bunyi agak poyo tapi sumpah kelegaan yang teramat sangat, sebab hilang segala beban, stress yg aku tanggung selama aku kat sem 4. supposely, every semester we should go through the excitement and fun with friends. maksud aku sambil study sambil fun jugakla gilaa. takde la main2 je.

bende tu semua aku rasa gila mase sem 1 & 2. Sumpah rindu gila housemates lama, tapi ape bole buat, dorang semua dekat Jengka :( Bukanlah nak ckp sem 4 ni housemates tak best, tapi ade satu peristiwa yang aku tak bole nak lupe semasa sem 4 ni.

Peristiwa yang byk bg lessons kat aku, yg byk jugak bg kesakitan kat hati aku ni. Lepas berlakunya peristiwa tu, baru lah aku dapat tau sape kawan sape lawan. Bila aku sorang2 berperang lidah dengan orang yang sememangnya aku tak bole nak ngam, takde sorang pon yg dtg dan tolong. semuanya diam, sepi, seolah2 mereka tidak pernah berkata apa2 tentang budak itu.

aku dihentam teruk, seolah2 aku ni sejahat2 manusia. Apa yang aku rasa time tu, Tuhan jela tau. SAKIT yang teramat sangat. aku terasa betrayed, kene tipu dengan orang yang aku percaya, dan semuanya menuding jari dekat aku, seolah olah aku ni jahat sangat dekat dorang. Masya-Allah. jahat sangat ke aku ni? Selama ni aku cuba jaga hati semua kawan2 aku, sampai kadang hati aku sendiri pon aku tak terjaga, sebab taknak ade mslh timbul antara kawan. aku tak tau apa lagi aku nak buat nak puaskan hati semua orang.


penat. ye, aku sangat penat hadapi sem 4 ni, sungguh aku ckp, aku tak kuat. aku bagai nak gila, bila dorang biarkan aku sorang2, masa tu jgn tny la ape aku rasa. yg aku tau aku kene jadi kuat, aku kene jugak jadi kuat. prinsip aku 1 je, kalau dorang rase dorang tak perlukan aku sbg kawan dorang lg, aku tak kisah, sebab ramai lagi yang nak kawan dengan aku. kadang2 dlm dunia ni, kita jangan terlalu mengharapkan kawan or orang lain, sbb bila kita ditinggalkan, kita akan down gila, so kenela jadi kuat.


selepas peristiwa tu, aku mmg decide nak diamkan diri, dan buat hal aku sendiri, kalau dorang tak bole terima aku sebagai kawan, takpe, aku masih ada kawan yg lain. Aku langsung tak update dekat status fb pasal peristiwa tu, tak bercerita dekat blog apa yang terjadi. Bagi aku, enough is enough. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Kalau kau dgn kawan kau nak pulaukan aku, buatlah. Aku boleh hidup tanpa korang. Aku rela hilang kawan drpd hilang family.


tapi ade satu yg buat aku terkejut, bila mereka cakap pasal aku dekat twitter. Lagi2 orang yg aku sangat percaya sebelum tu, bole ckp macam2. masa tu apa yg aku rasa, jantung aku mcm nak luruh. Alasan kenapa dorang cakap dekat twitter? Sebab masa tu aku takde create account twitter lagi, dan takdela aku baca bnde tu semua. Hmm takpe, aku sabar lagi. Pastu tak cukup dengan tu, budak yang aku gado tu try nak buruk2 kan aku dekat kwn aku yg dekat jengka. Tapi aku takde rase dendam ape2 pon, bagi aku ni semua mcm ujian buat aku jadi lebih kuat, dan aku masih anggap dorang kawan aku kecuali dia.

Okay ni satu mistake aku, dia pandai kan, masa tengah baik, suro aku cerita itu dan ini, dan aku ni cepat percayakan orang, aku pon cerita la. Dan drpd cerita aku tu la dia bole buat senjata dia utk jatuhkan aku. Dia sampai sanggup nak cerita dekat kwn aku yg dekat jengka, yg langsung takde kene mngene dengan Pilah, utk bg kwn aku tu benci aku. tak cukup dengan tu, kau update status yg macam2 dekat fb kau, siap ugut nak bunuh aku, tak cukup lagi, kau update blog kau, cerita pasal aku, kononnya aku ni sangat jahat, kononnya kau tu teraniaya dengan aku, kononnya kau sangat berhati suci sebab dianiaya sebegitu rupa. Still, aku sabar lagi.

Padahal hati aku meronta ronta, aku rasa macam nak jerit depan kau, nak luahkan segala apa yang aku rasa. Tapi nk buat mcm tu dekat orang seperti kau, aku tak rasa bnde tu efektif, kau sendiri tau diri kau mcm mana,  slogan hidup kau 'mesti mahu menang'. Aku amik keputusan untuk diamkan diri, dan biarkan ape je yg kau nak kutuk aku. Sumpah aku sabar weh, aku sabar selama sem 4 ni.

Panjang lagi cerita kalau nak diikutkan, macam2 yang aku kena dengan kau weh. Kalau aku mangsa pertama kau, aku boleh terima, yg aku salah tafsir pasal kau, tapi bukan aku sorang weh. Orang yg pnah 1 rumah dengan kau dah masak dengan perangai kau, dan dorang sendiri penah rase ape yang aku rase mase dengan kau. Cukuplah weh, aku berterima kasih atas segala jasa yg kau dah bg kat aku. Segala apa barang dan makanan yg aku pnah bg kat kau pon aku dah halalkan. Aku tak penah rase terok kene mcm macam mana aku kene dengan kau.


Selama ni aku pendam apa yang aku rasa pasal kau and sabar dengan semua yg jadi kat aku. Aku cuba bertahan untuk duduk di rumah tu lagi. Kau cakap aku cerita pasal kau dekat orang lain. Habis kau expect aku kene bertahan sorang2 dengan apa yang aku kene, aku kene pendam sorang2, cmtu? apa hak kau nak halang aku luahkan ape aku rasa dekat kawan aku? sebab kau takot orang pandang serong dekat kau? takot nama kau terjejas? hmm. aku sebolehnya taknak benda ni jadi kecoh. tapi kau yang mulakan dulu. bukan niat aku nak mengungkit balik cerita lama, tapi Tuhan saja yg tau apa yang aku rasa selama ni.


Aku nak mintak maaf dekat korang kalau selama kita kenal, aku byk sakitkan ati korang or ape2 je yg buat korang tak selesa. Tapi itu bukan alasan untuk korang buat aku camtu. Emosi aku terganggu mase tu, semua bnde jadi tak kene, nak belajar pon jadi tak selesa. Kalau aku jahat sekalipon, tak patot korang buat mcm tu, seolah-olah takde satu pon kebaikan yang aku penah buat dkt korang. Pikirla kalau korang di tempat aku ape yg korang rase.

terima kasih banyak atas semuanya, harap halalkan semua benda yg penah bagi kat aku. TERIMA KASIH. :)